Tempatan

MET Malaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat Berterusan Di 3 Negeri

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 30 Disember 2021 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini mengeluarkan amaran bahaya hujan berterusan (merah) yang dijangka akan berlaku di Kelantan (Jeli), Terengganu (Kemaman) dan Pahang (Kuantan) sehingga Jumaat, 31 Disember 2021.

Amaran buruk hujan berterusan (jingga) pula dijangka akan berlaku di negeri Kelantan – Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang, Terengganu – Besut, Hulu Terengganu dan Dungun serta Pahang – Jerantut, Maran dan Pekan sehingga Sabtu, 1 Januari 2022.

Manakala amaran waspada (kuning) hujan berterusan pula dijangka berlaku di negeri Perlis, Kedah – Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling, Perak, Hulu Perak, Kelantan – Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh, Terengganu – Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang, Pahang – Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin dan Johor sehingga Sabtu, 1 Januari 2022.

Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sabah – Pantai Barat Ranau, Tawau – Lahad Datu Sandakan – Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan dan Kudat sehingga Ahad, 2 Januari 2022.

Gelombang kedua banjir mula melanda negeri Kelantan dengan Jeli menjadi jajahan pertama terjejas apabila air Sungai Lanas dan Pergau melimpah selepas hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

Setakat tengah hari ini, portal ebanjir Kelantan melaporkan empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka sejak pagi ini di Jeli bagi menempatkan 430 mangsa daripada 135 keluarga.

 

Leave a Reply

Back to top button