Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-258 Selama Dua Hari Bermula Esok

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 29 Jun 2021 – Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang ke-258 akan diadakan selama dua hari bermula esok, 30 Jun sehingga 1 Julai 2021 ini.

Semalam, Majlis Raja-Raja telah membuat perjumpaan dengan Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Dan Mesyuarat Pre-Council telah diadakan hari ini bersempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-258.

Persidangan Majlis Raja-Raja ke-258 ini sepatutnya diadakan pada 24 dan 25 Februari lalu namun ditunda susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama.

Exit mobile version