Antarabangsa

“Saya Sokong Pembunuhan Muslim Dan Sikh Di India”

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TORONTO, 26 Jun 2022 – Seorang aktivis anti-Muslim Ron Banerjee menimbulkan kekacauan apabila mengeluarkan kenyataan berbaur kebencian semasa ditemubual di Dataran Dundas di Toronto dalam satu program YouTube Kanada, Beat Of The North.

“Saya menyokong pembunuhan orang Islam dan Sikh di Republik India kerana mereka layak untuk mati,” katanya dengan tegas.

Dia yang ditemubual memuji Perdana Menteri India, Narendra Modi, kerana membunuh Islam dan Sikh.

“Saya ingin Modi memerintah negara ini (Kanada) dan juga India. Dia bunuh Muslim dan Sikh, itu hebat!”

“Umat Islam perlu faham bahawa jika mereka mahu tinggal di negara kita, mereka perlu mengikut peraturan kita.”

“Dan jika tidak, maka mereka akan mendapatnya.”

Jelasnya, dia tidak bertolak ansur dengan Muslim radikal atau Sikh Khalistani.

Susulan tular ucapan kebencian tersebut di media sosial, Majlis Kebangsaan Umat Islam Kanada (NCCM) menuntut polis Toronto untuk mendakwa pengarah Advokasi Hindu Kanada Ron Banerjee terhadap berhubung komen yang dibuatnya mengenai orang Islam dan Sikh.

“Kami berasa jijik tetapi tidak terkejut apabila seorang bersifat perkauman yang terkenal mengeluarkan mesej busuk dan penuh kebencian yang kini tersebar di media sosial,” kata NCCM dalam Twitter pada Khamis lalu.

“Islamofobia dan segala bentuk kebencian dan perkauman yang lain telah membawa kesan teruk di negara kita. Mereka yang menimbulkan kebencian itu, berulang kali perlu bertanggungjawab atas tindakan mereka.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: