Tempatan

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Bermula 26 Julai Ini – Pejabat Perdana Menteri

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PUTRAJAYA, 5 Julai 2021 – Kerajaan bersetuju menetapkan tarikh sidang Dewan Rakyat selama lima hari dan Dewan Negara selama tiga hari mulai 26 Julai hingga 5 Ogos 2021 ini, kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri, hari ini.

“Kerajaan telah bersetuju untuk menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 bagi Dewan Rakyat dan 3 hari mulai 3 hingga 5 Ogos 2021 bagi Dewan Negara.”

Tambah kenyataan itu, sidang Parlimen itu bertujuan memberi penerangan kepada Ahli-Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hybrid.

“Berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.”

Susulan itu, nota Jemaah Menteri telah diedar secara berutus kepada Jemaah Menteri untuk mengambil maklum mengenai perkara ini.

Mesyuarat akan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button