Tempatan

Hujan Lebat Menyeluruh Dijangka Berakhir Mac Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Mac 2023 – Hujan lebat menyeluruh yang melanda terutama di negeri negeri pantai timur Semenanjung Malaysia, barat Sarawak dan utara Sabah dijangka akan berakhir Mac ini.

Ini bersamaan dengan jangkaan berakhirnya fasa Monsun Timur Laut (MTL).

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan, “Negara berada dalam fasa Monsun Timur Laut (MTL) yang telah bermula pada 7 November 2022 dan dijangkakan berakhir pada bulan Mac 2023. Semasa tempoh MTL, negara akan menerima tiupan angin yang konsisten dari arah timur laut di antara 10 hingga 20 kilometer per jam.”

“Sepanjang MTL 2022-2023, empat hingga enam episod luruan monsun dijangkakan berlaku dan menyebabkan ombak besar serta laut bergelora di Laut China Selatan. Beberapa siri hujan lebat yang menyeluruh juga dijangka akan berlaku terutama di negeri negeri pantai timur Semenanjung Malaysia, barat Sarawak dan utara Sabah.”

BACA JUGA: TERKINI! Mahkamah Tinggi KL Bebaskan Najib & Arul Kanda Dari Tuduhan

BACA JUGA: Kerajaan Pergiat Usaha Bina Bailey Bridge

BACA JUGA: Operasi Aerotrain KLIA Dihentikan Serta Merta

Tambah jabatan itu, pada bulan April 2023, Negara dijangkakan berada dalam fasa Peralihan Monsun awal tahun.

Manakala dalam bulan Mei 2023, keadaan cuaca Negara dijangkakan akan dipengaruhi oleh fasa Monsun Barat Daya.

“Dalam tempoh Monsun Barat Daya yang biasanya bermula pada pertengahan Mei hingga September, kejadian ribut petir dan hujan lebat dijangka berkurangan dan kebanyakan negeri akan mengalami lebih banyak bilangan hari tanpa hujan,” kata METMalaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: