Tempatan

Gempa Bumi Tidak Boleh Diramal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 April 2023 – Gempa bumi bukanlah bencana alam yang boleh diramal kedudukan dan magnitudnya, sebaliknya hanya dapat dikesan semasa sedang berlaku, tegas Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia)

“Gempa bumi TIDAK BOLEH DIRAMAL.”

“Hanya apabila ianya berlaku, barulah ia dikesan dan dianalisa untuk diketahui lokasi serta kekuatan gempa tersebut,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan di Facebook rasmi jabatan itu.

BACA JUGA: Bayaran Kenaikan Elaun Guru KAFA Akan Diuruskan – JAKIM

BACA JUGA: Bomba Sahkan Kes Kebakaran Meningkat 75.6%

BACA JUGA: Palestin Seru Malaysia Mengajak Dunia Pertahan Masjidil Aqsa

Hantaran tersebut turut berkongsikan magnitud tertinggi yang pernah berlaku di Sabah adalah di daerah Beluran yang mencatatkan 3.8 magnitud pada tahun 2022 diikuti daerah Kundasang, 3.7 magnitud pada tahun yang sama.

Terdahulu, media melaporkan, pakar meramalkan Malaysia tidak terkecuali bakal menghadapi risiko gempa bumi skala besar berikutan beberapa siri bencana alam itu di Turkiye, Jepun dan Indonesia dalam tempoh dua bulan lalu.

“Kawasan Semenanjung Malaysia dijangka mengalami gempa bumi sehingga 6 magnitud dan di Sabah pula boleh mencapai sehingga 7 magnitud,” kata ramalan itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: