Antarabangsa

Pemain Kelahiran Belanda Tolak Pakai ‘Armband’ Pelangi, Enggan Sokong LGBT

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NETHERLANDS, 20 Oktober 2022 – Seorang pemain bola sepak berkelahiran Belanda menolak untuk memakai armband pelangi kerana enggan menunjukkan sokongannya kepada komuniti LGBT, lapor sebuah agensi berita antarabangsa.

“Saya telah memutuskan untuk tidak memakai armband Pelangi pada pusingan ini.”

“Saya fikir adalah penting untuk menekankan bahawa saya menghormati semua orang tanpa mengira agama, latar belakang atau keutamaan.”

“Saya sangat faham kepentingan tindakan ini, tetapi kerana pegangan agama saya, saya merasakan saya bukanlah orang yang layak untuk menyokong ini,” kata pemain berusia 21 tahun berketurunan Azerbaijan dan bermain untuk Turki itu.

Menurut Kokcu, pegangan agamanya itu sekali gus membuatkan beliau tidak selesa untuk memakai armband tersebut dan beliau menerima jika terdapat sesetengah orang yang kecewa dengan tindakannya itu.

“Walaupun saya sedar yang saya tidak dapat menghilangkan perasaan tersebut dengan kata-kata ini serta-merta. Tetapi saya harap pilihan saya atas sebab agama juga akan dihormati,” tambah beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: