Tempatan

Menu Siswa Rahmah RM3.50 Bantu Pelajar B40

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANGI, 18 Mac 2023 – Sebanyak 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan politeknik seluruh negara menyertai Menu Siswa Rahmah dengan harga RM3.50.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penyertaan itu dapat memberi manfaat buat 320,000 pelajar seluruh negara dalam kategori golongan B40 yang layak.

BACA JUGA: SPRM Siasat Lima Bank Utama Jadi Transit Wang Haram

BACA JUGA: Pengarah & Pelakon ‘Mentega Terbang’ Terima Ugutan Bunuh, Polis Sedang Siasat

BACA JUGA: Ziarah Rumah Ibadat Bukan Islam Bercanggah Dengan Enakmen Ugama Bukan Islam 1988 – MAIS

“Sebanyak 236 gerai di 20 IPTA menawarkan harga Menu Siswa Rahmah RM3.50.”

“Kita tahu Menu Rahmah harganya RM5 tetapi di universiti harganya RM3.50 kerana pihak universiti tidak mengenakan kos penyewaan kepada peniaga.”

“Jadi universiti menyerap kos itu untuk sediakan inisiatif ini,” katanya selepas meninjau pelaksanaan Menu Siswa Rahmah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Khamis.

Jelasnya, pelajar B40 akan diberikan token sebagai bukti mereka layak membeli Menu Siswa Rahmah di kafeteria yang menyediakannya.

Inisiatif Kerajaan ini yang dimulakan pada awal Januari lalu telah menawarkan menu lebih murah daripada Menu Rahmah yang sebelum ini diumumkan Kerajaan sebagai usaha membantu golongan B40 dalam negara dan bagi membantu mahasiswa di IPTA berjimat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker