Tempatan

Menteri Undang-Undang Perlu Segera Laksanakan Teks Sahih Perlembagaan Dalam BM Kalau Benar Prihatin – GAPENA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 02 Disember 2021 – “Sekarang ini, Menteri Undang-Undang kena buka semula fail mengenai rekod-rekod yang telah direkodkan dan bawanya ke Parlimen kalau beliau peka dan prihatin untuk mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa Negara ini,” ujar Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) Datuk Haji Zainal Abidin Borhan.

Selain itu, beliau juga mahu mentaliti kolonial dalam Jabatan Peguam Negara, Jabatan-Jabatan Kehakiman, para peguam dan sebagainya diubah kerana kita sudah lama merdeka.

Menurutnya, sudah 64 tahun kita merdeka tetapi masih menggunakan bahasa kolonial, bahasa orang asing dalam teks sahih Perlembagaan Persekutuan. Ini membuktikan bahawa kita masih belum lagi sepenuhnya merdeka terutama dari sudut jiwa.

Oleh sebab itu, GAPENA akan terus bersama-sama dengan semua gerakan NGO Melayu Islam mendesak kerajaan untuk melaksanakan teks sahih Perlembagaan Persekutuan dalam Bahasa Melayu.

“Inilah apa yang UMMAH, MAPIM, PEMBELA, GAPENA dan ramai tokoh di luar sana turut lakukan, iaitu mendesak dan terus mendesak dan ini membuktikan masih ramai juga yang berjiwa merdeka.”

“Namun, kita tidak boleh bergerak di luar lingkaran undang-undang kerana sebagai sebuah negara merdeka, kita faham akan kedaulatan dan keluhuran Perlembagaan, maka kita perlu bergerak dan mendesak dalam lingkaran undang-undang itu,” ujar beliau lagi.

Mengulas lanjut, Datuk Haji Zainal Abidin berkata, kedaulatan negara perlu diangkat dan dikekalkan kerana selagi kita masih menggunakan bahasa asing maka kedaulatan negara akan turut terjejas.

“Natijahnya, kalau ia masih berterusan di dalam negara kita apalah ertinya kemerdekaan itu hari ini,” kata Datuk Haji Zainal Abidin mengakhiri perbualan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: