Tempatan

Menteri Umum Tiada Kemungkinan Pemansuhan & Penghapusan Hutang PTPTN Untuk B40

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Februari 2023 – Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi mengumumkan bahawa tiada kemungkinan untuk menghapuskan, memansuhkan dan mengampunkan hutang untuk B40, demikian jawapan kepada persoalan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Machang, YB Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Machang yang memaklumkan perkara itu berkata, maka ini perlu menjadi satu usaha yang perlu dikaji kerana ianya merangkumi lebih sejuta mahasiswa yang terkesan dengan melibatkan hutang berjumlah RM40 bilion.

BACA JUGA: Tiada Gempa Bumi Sabah Sarawak, METMalaysia Laksana Pemantauan Berterusan

BACA JUGA: Namewee Gesa ‘Halalkan’ Pelacuran & Polis Tangkap Pencuri, Pembunuh Jika Berani

BACA JUGA: Hampir 5,000 Kanak-Kanak Jadi Mangsa Cabul Gereja Katolik

Tambahnya, Kerajaan dan pembangkang juga perlu mengkaji isu ini bagi membantu anak muda yang terkesan akibat hutang PTPTN untuk memulakan kehidupan mereka yang dihimpit dengan kos sara hidup yang tinggi, peluang pekerjaan yang terhad dan sebagainya.

Jadi, YB Wan Ahmad Fayhsal menegaskan bahawa persoalan ketika sidang Parlimen tersebut bukanlah mencari salah, melainkan hanya mahu menemukan titik penyelesaian.

“Kalau PH ada penyelesaian, sebab YB Rafizi ada banyak cadangan daripada tahun 2013, majukan kepada kami untuk kita bincang dalam dewan ini.”

Selain itu, “Kami pembangkang bukan nak cari salah semata-mata. Kita hendak tahu komitmen dan apa YB Pandan telah janjikan, boleh selesai ke tidak.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: