Menteri Singapura Gesa Kerajaan Sentiasa Memenangi Kepercayaan Rakyat
SINGAPURA, 28 JULAI 2023 – Menteri Belia, Komuniti dan Budaya Singapura, Edwin Tong telah mengeluarkan kenyataan bahawa negara tersebut tidak boleh membenarkan keraguan dan kelunturan kepercayaan awam terhadap institusi-institusi untuk bertapak.
Kenyataan tersebut telah dikeluarkan sewaktu menyampaikan ucapan pembukaan bagi persidangan CNA Leadership Summit bagi tahun ini.
BACA JUGA: Perlembagaan Persekutuan Tak Halang Semakan Permohonan Untuk Murtad – Peguam
BACA JUGA: Kerajaan Tawar Kredit e-tunai RM100 untuk B40, M40
BACA JUGA: NGO Gesa Kerajaan Tubuh Pasukan Khas Pantau Artis Luar, Ambil Tindakan Pantas
Kenyataan menteri tersebut turut juga merujuk kepada kes kematian seorang pegawai polis, Uvaraja Gopal yang dikatakan berkaitan dengan hal perkauman dan buli di tempat kerja tidak lama sebelum beliau meninggal dunia pada 21 Julai lalu.
Ujar Tong, Kementerian Dalam Negeri telah “hampir segera” mengesahkan tentang betapa seriusnya tuduhan tersebut dan telah memastikan bahawa pihak polis akan membuat penyiasatan sehingga ke dasar perkara tersebut.
Menurut Tong, kepercayaan terhadap para pemimpin politik telah memberikan legitimasi untuk mentadbir, dan ianya juga melibatkan kepercayaan terhadap institusi-institusi dalam melaksanakan polisi.
Tong juga turut menyatakan tentang data yang menunjukkan bahawa tahap kepercayaan awam kini sedang merudum dan menurutnya terdapat tiga sebab yang dapat melemahkan lagi kepercayaan awam.
Menurutnya, sebab yang pertama adalah “populisme anti-establishment” di mana parti-parti politik bergerak ke arah spektrum politik yang ekstrem. Yang kedua pula adalah peningkatan media sosial yang telah membawa kepada “persekitaran pasca kebenaran” di mana kebenaran dan fakta sudah menjadi kurang relevan sewaktu dalam usaha membentuk pendapat orang awam.
Manakala yang ketiga adalah perpecahan yang berdasarkan identiti di mana orang ramai kini lebih menumpukan tentang perbezaan dan bukan persamaan di antara mereka.