Antarabangsa

Menteri Perang Letak Jawatan, Kerajaan Zionis Israel Semakin Berpecah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

YAFFA, 10 Jun 2024 – Menteri Kabinet Perang Israel, Benny Gantz meletak jawatan meninggalkan pimpinan Zionis sebagai tanda perpecahan yang semakin ketara berhubung rancangan pasca peperangan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk Gaza.

Menerusi laporan yang disiarkan semalam, Gantz mengumumkan peletakan jawatan itu dibuat dengan ‘hati yang berat’.

“Malangnya, Netanyahu menghalang kami daripada menghampiri kemenangan sebenar, yang merupakan justifikasi bagi krisis berterusan yang menyakitkan,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau bukan sahaja meletak jawatan secara peribadi, malah juga mengundurkan diri dari parti Perpaduan Nasional yang dipimpinnya.

Bagaimanapun, tindakan itu tidak akan menjatuhkan kerajaan sedia ada kerana Netanyahu masih memegang majoriti selesa 64 dalam Knesset yang mempunyai 120 kerusi.

Dalam pada itu, sejurus pengumuman dibuat, Menteri Keselamatan Zionis, Itamar Ben-Gvir pula menuntut kedudukan dalam Kabinet Perang.

Peletakan jawatan tersebut berlaku sehari sebelum Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken mengadakan lawatan 3 hari ke rantau berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: