Tempatan

Menteri Pengangkutan Ke Parlimen Menaiki Bas Percuma Yang Dilancarnya Semalam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Februari 2023 – “Selamat pagi. Saya sedang naik bas T851 ke Parlimen untuk menjawab soalan bus feeder di Dewan Rakyat.” Demikian hantaran di Facebook Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook pagi tadi.

Untuk makluman, bas rapidKL yang dinaiki beliau itu adalah bas percuma Parlimen laluan T851 yang telah dilancarkan oleh beliau sendiri, semalam.

BACA JUGA: Tambah Jawatan Dalam Mahkamah Syariah Supaya Setaraf Mahkamah Sivil – Aminuddin Yahaya

“Ahli-ahli parlimen, pegawai, rakan-rakan media dan orang awam yang ada urusan parlimen dijemput untuk memanfaatkan perkhidmatan ini,” pelawa Anthony Loke kepada para pengguna.

BACA JUGA: Menu Rahmah Sudah Lama Wujud Di Kelantan – CIJ

Beliau juga berkata, Kementerian Pengangkutan bersama Rapid KL menyediakan kemudahan bas percuma laluan Parlimen tersebut untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan memperkenalkan “last mile connection” dari KL Sentral ke Parlimen.

“Saya yakin bas ini memberi keselesaan kepada semua pihak selain daripada mengurangkan carbon emission.”

BACA JUGA: Jenazah Lelaki Didakwa Bukan Islam, MAIS Tunggu Keputusan Rayuan Mahkamah

Bas percuma Parlimen laluan T851 ini akan berlepas dari KL Sentral ke Taman Botani Perdana (Bangunan Parkir DBKL, Jalan Cenderawasih) dan seterusnya bas tersebut akan bergerak ke Parlimen, jelas Ahli Parlimen Seremban itu.

“Jadual perkhidmatan bas boleh didapati di https://bit.ly/JadualBasT851Parlimen.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: