Antarabangsa

Menteri Luar Gesa Keadilan Buat Rakyat Rohingya

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MYANMAR, 28 Ogos 2022 – Pesalah yang mencabuli hak asasi manusia masyarakat Rohingya harus dipertanggungjawabkan atas perbuatannya itu demi keadilan rakyat Rohingya, gesa Menteri Luar Kesatuan Eropah (EU), Australia, Kanada, New Zealand, Norway, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).

Menteri Luar itu menggesa agar keganasan terhadap golongan itu dihentikan termasuk pencabulan hak asasi manusia selama berdekad serta penderaan yang dialami oleh Rohingya dan komuniti lain di Myanmar yang menderita di bawah pemerintahan rejim tentera negara itu.

Bukan itu sahaja, mereka juga menyeru agar rejim tentera Myanmar mematuhi langkah sementara Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan mengesahkan komitmen mereka supaya pelaku bertanggungjawab atas perbuatannya demi keadilan rakyat Rohingya.

Dalam pada itu, para Menteri Luar turut memuji keberanian komuniti Rohingya serta memberi penghormatan kepada golongan itu dalam kenyataannya sempena ulang tahun kelima kempen ketenteraan ‘kejam’ terhadap minoriti Islam itu.

Bermula 25 Ogos 2017, rakyat Rohingya keluar beramai-ramai dari Utara Myanmar selepas tentera Myanmar melancarkan operasi terhadap minoriti Islam itu di mana 1.2 juta warganya melarikan diri ke Bangladesh dan tinggal di kem pelarian Cox’s Bazar.

Serangan ganas yang berlaku di Rakhine itu telah mengakibatkan ribuan lelaki, wanita dan kanak-kanak Rohingya dibunuh, dirogol dan diseksa sehinggakan lebih 700,000 daripada mereka ke negara jiran Bangladesh.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: