Antarabangsa

Menteri Luar Finland Dakwa Rusia Di Sebalik Insiden Bakar Al-Quran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MOSCOW, 31 Januari 2023 – Menteri Luar Finland, Pekka Haavisto mendakwa bahawa Rusia mungkin terlibat di sebalik pembakaran al-Quran secara terbuka di Stockholm, Sweden minggu lalu. Dia menambah bahawa aksi itu mungkin dirancang untuk menggagalkan negara itu menyertai NATO.

Pada 21 Januari baru-baru ini, Rasmus Paludan, aktivis anti-Islam dan pemimpin parti sayap kanan Denmark, Stram Kurs (Hard Line), membakar kitab suci umat Islam di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm.

BACA JUGA: 3 Bulan, Jawatankuasa Kaji Dasar Pengajian Tinggi

BACA JUGA: 2 Negeri Belum Capai Prevalen Antibodi Penyakit Kaki Gajah – KP Kesihatan

BACA JUGA: Ahli Parlimen PKR Tegur Pelantikan Nurul Izzah Anwar, Salah Segi Moral

Susulan kejadian, Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata pada hari Isnin bahawa Sweden tidak boleh lagi bergantung kepada sokongan Türkiye untuk menyertai blok tentera pimpinan AS.

Pada hari Jumaat lalu, Paludan membakar naskhah al-Quran di hadapan sebuah masjid, Kedutaan Turki, dan Konsulat Rusia di Copenhagen, Denmark.

Bercakap kepada saluran TV Finland Yle pada hari Sabtu, Haavisto berpandangan bahawa Rusia boleh dikaitkan dengan pembakaran itu. “Perkara ini dalam siasatan. Pelbagai hubung kait dalam kalangan aktivis telah terbongkar, “kata Haavisto.

Finland dan Sweden telah meninggalkan dasar-dasar ketidakselarasan lama mereka dan bersama-sama memohon untuk menyertai NATO tahun lepas, memetik operasi ketenteraan Rusia di Ukraine.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: