Menteri Luar Arab Saudi Mahu Jadi Pendamai Krisis Rusia-Ukraine
RUSIA, 10 Mac 2023 – Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan telah membuat kenyataan bahawa Arab Saudi kini bersedia untuk bertindak sebagai orang tengah bagi mendamaikan dua pihak yang terlibat dalam konflik Rusia-Ukraine.
Kenyataan tersebut dibuat pada Khamis lalu sewaktu beliau dalam lawatan khasnya ke Moscow sebagaimana yang telah dilaporkan oleh media Al-Ekhbariya.
BACA JUGA: Pemandu E-Hailing Mangsa Sindiket Wang Palsu
BACA JUGA: PERHATIAN: Jalan Raja, Dataran Merdeka Ditutup Sehingga 13 Mac Ini
BACA JUGA: Denggi: Negeri Sembilan Catat Lonjakan 580 Kes
Menurut Putera Faisal lagi, beliau telah membuat penegasan terhadap sokongan Arab Saudi bagi segala usaha untuk mencapai penyelesaian politik bagi konflik yang berlaku di antara dua pihak tersebut.
Dalam sebuah mesyuarat bersama Sergey Lavrov yang merupakan Menteri Luar Rusia, Putera Faisal telah mengenang kembali hubungan persahabatan bersejarah di antara Arab Saudi dan Rusia serta segala kerjasama strategik korporat yang telah dilakukan bersama.
Beliau di dalam sesi yang sama turut membincangkan langkah-langkah bagi memperkasakan lagi hubungan serta kerjasama di antara dua negara tersebut serta mengembangkan lagi hubungan tersebut dalam semua aspek.
Kedua-dua menteri itu juga telah membuat perbincangan mengenai pengukuhan kerjasama dua hala dan pelbagai hala berkenaan isu-isu yang menjadi keprihatinan kedua-dua negara.
Dalam lawatan tersebut, Lavrov juga turut menzahirkan penghargaan beliau terhadap Arab Saudi di atas usaha yang dilakukan oleh negara tersebut bagi mencapai keamanan serantau dan antarabangsa, khususnya berkenaan dengan krisis di antara Rusia dan Ukraine dan juga konflik di Yaman.