Antarabangsa

Menteri Enggan Salam Duta Israel Dipecat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MANAMA, 27 Julai 2022 – Menteri Kebudayaan Bahrain, Sheikha Mai bint Mohammed Al Khalifa dipecat daripada jawatannya oleh Raja Bahrain kerana enggan untuk berjabat tangan dengan Duta Israel, menurut laporan portal.

Beliau dikatakan enggan bersalam dengan Eitan Na’eh, Duta Israel di majlis pengebumian ayah Steven C. Bondy, Duta Amerika Syarikat (AS) pada bulan lalu.

Sheikha Mai yang juga berasal daripada kerabat diraja itu sudah berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan melebihi dua dekad sebelum dipecat oleh Raja Bahrain.

Selepas beliau dipecat, Perdana Menteri Israel Yair Lapid sendiri mengambil inisiatif untuk menghubungi sahabatnya, Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa.

“Saya bercakap dengan sahabat saya, Yang Mulia Putera Salman bin Hamad Al Khalifa, Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain.”

“Israel dan Bahrain berkongsi visi yang sama untuk mewujudkan Timur Tengah yang lebih stabil dan makmur, dan kami bekerjasama bagi menjadikan visi itu sebagai suatu realiti,” ujar Perdana Menteri Israel itu.

Bahrain dan Israel secara rasminya menormalisasi hubungan antara kedua buah negara itu pada tahun 2020 sebagai sebahagian daripada matlamat perjanjian Abraham Accords.

Beberapa buah negara Islam di Timur Tengah seperti Emiriah Arab Bersatu dan Maghribi juga melakukan tindakan yang sama dengan menyertai Abraham Accords.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: