Menteri BJP Berlumba-Lumba Ganggu Umat Islam
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
JUMAAT, 27 Mei 2022 – Ketua menteri beberapa buah negeri di India yang berada di bawah pemerintahan Parti Bharatiya Janata (BJP) berlumba-lumba dalam mengganggu umat Islam di negara tersebut.
Bukan itu sahaja, mereka turut bersaing sesama sendiri untuk mengetahui siapa yang berupaya mengganggu umat Islam lebih banyak lagi, lapor Kashmir Media Service (KMS). Dalam pada itu, umat Islam di negeri Uttar Pradesh, Karnataka, Madhya Pradesh dan Assam menerima gangguan lebih dahsyat.
Menurut KMS, pengikut Hindutva di negara itu tetap meneruskan agenda anti-Islam dan anti-minoriti di bawah naungan fasis parti pimpinan Narendra Modi. Kini mereka mengancam tempat ibadat golongan minoriti, khususnya masjid, untuk menakutkan umat Islam sekaligus meletakkan mereka pada golongan kelas kedua.
BACA: Tahniah David Marshel, Waktu Untuk Tanggalkan Tudung Mereka
BACA: Pelampau Hindu Rogol Muslimah Hamil Ketika Meneran Bersalin
BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak
Laporan itu turut membongkarkan bahawa umat Islam diprovokasi untuk bertindak balas selepas berlakunya isu perkauman seperti tuntutan kuil di masjid dan pengharaman tudung supaya pelampau Hindutva mendapat peluang membunuh umat Islam beramai-ramai di negara tersebut.
Ketua Menteri Assam, Himanta Biswa Sarma dalam ucapannya pada acara anjuran Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS), sebuah organisasi induk BJP, di Delhi baru-baru ini, mengatakan madrasah seharusnya tidak wujud.
“Perkataan ‘madrasah’ sepatutnya hilang. Ajar Qur’an di rumah, tetapi anak-anak perlu diajar Sains dan Matematik di sekolah. Bila kami (BJP) berkuasa, kami merasakan bahawa wang negara tidak sepatutnya dikeluarkan untuk penyampaian pendidikan agama tertentu,” ujarnya ketika bercakap mengenai undang-undang Assam yang memansuhkan madrasah biayaan negara berkenaan.
Laporan itu juga menyebut, RSS dan BJP menyeksa kehidupan ekonomi dan sosial umat Islam sehinggakan cuba merampas kebebasan beragama daripada mereka.
“Seseorang mesti mempersoalkan keputusan masyarakat antarabangsa dan pertubuhan hak asasi manusia yang berdiam diri apabila berlakunya genosid tehadap umat Islam India,” lapor KMS.
Terbaru, seorang lelaki tua berusia 65 tahun dibunuh seorang pemimpin BJP selepas disyaki sebagai seorang Muslim.