Tempatan

Menjelang Aidilfitri Ramai Keluarga Terkesan Kos Sara Hidup Tinggi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 April 2023 – Baru saja mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi penyediaan untuk pada bulan lalu, ibu bapa kini perlu terus bekerja keras bagi menyediakan persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Dibebani dengan peningkatan harga bagi pakaian, kuih muih dan dekorasi, ramai yang berhadapan dengan kemungkinan sama ada Aidilfitri akan berlaku pada Jumaat atau Sabtu yang mana ianya mempengaruhi pekerja sektor swasta yang masih belum menerima gaji pada bulan ini.

BACA JUGA: MP DAP Desak Gugurkan Siasatan Dalam Kes Cubaan Bunuh Diri

BACA JUGA: Bazar Ramadan: Dua Aduan Keracunan Makanan Diterima KKM

BACA JUGA: Jangan Hanya Tangkap ‘Bilis’, Rasuah Golongan Atasan Lebih Memudaratkan

Terdapat respondan yang menyatakan bahawa beliau kini menghadapi kesukaran bagi persediaan Hari Raya Aidilfitri berikutan beliau baru sahaja membelanjakan sekitar RM3,000 bagi tujuan barangan persekolahan anak-anaknya.

Menurutnya, beliau perlu menggunakan wang simpanannya untuk dibelanjakan pada barangan keperluan Aidilfitri berikutan gaji pada bulan ini masih belum diterima.

Terdapat juga responden yang masih belum mempunyai tanggungan anak-anak yang turut terasa akan kesukaran perbelanjaan. Mereka juga turut cuba untuk menyelami golongan yang mempunyai tanggungan yang besar dalam menyambut Aidilfitri.

Selain itu, terdapat juga golongan yang telahpun membuat persediaan lama sebelum ini berikutan mereka dapat menjangkakan perkara yang akan berlaku dari segi ekonomi dan ini sedikit sebanyak telah membantu mereka dalam persediaan Aidilfitri.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: