Tempatan

Mengurat Isteri Orang Untuk Berzina Satu Kesalahan, Dicabar Tidak Berperlembagaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 20 Mei 2023 – Mahkamah Rayuan akan membuat pendengaran sama ada peruntukan di dalam Kanun Keseksaan yang menjenayahkan lelaki yang memikat wanita yang telah berkahwin sehingga melakukan hubungan seks dengan mereka adalah tidak berperlembagaan ataupun sebaliknya.

Barisan tiga orang panel hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Kamaludin Said telah membenarkan mantan seorang anggota polis untuk membuat rayuan setelah peguamnya mengenalpasti tiga soalan perundangan untuk merayu keputusan Mahkamah.

Peguam P Purshotaman menyatakan bahawa Mahkamah perlu menentukan sama ada Seksyen 498 Kanun Keseksaan, yang mana ianya adalah undang-undang yang ditetapkan sebelum kemerdekaan, melanggar hak asasi manusia sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan ataupun tidak.

BACA JUGA: Libatkan Wanita Dalam Pelbagai Bidang, Termasuk Mitigasi Iklim – Pemangku Raja Pahang

BACA JUGA: Penjual Daging Mengaku Bersalah Hina Agong & Permaisuri

BACA JUGA: Lapor Pusat Jagaan Tidak Berdaftar Pada JKM – SUHAKAM

Timbalan Pendakwa Raya Nahra Dollah berkata bahawa pihak pendakwaan tidak akan menentang permohonan lelaki berusia 41 tahun itu untuk membuat rayuan.

Hakim Kamaludin yang bersidang bersama dengan Hakim Che Ruzima Ghazali dan Hakim Azman Abdullah telah menggesa agar kedua-dua pihak untuk betul-betul bersedia bagi berhujah dalam hal peruntukan Kanun Keseksaan tersebut.

Seksyen 498 menyatakan bahawa sesiapa yang memikat mana-mana wanita yang diketahui sebagai isteri orang lain dengan tujuan untuk melakukan hubungan seks, mereka telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mantan anggota polis tersebut telah dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada 3 November 2019 atas kesalahan yang telah dilakukan di Kuala Terengganu pada tempoh di antara 25 November hingga 17 Jun 2018.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: