Antarabangsa

Surat Suspek Pembunuh Shinzo Abe

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JEPUN, 18 JULAI 2022 – Beberapa laporan yang telah dikeluarkan oleh media Jepun mendakwa bahawa seorang lelaki yang dipercayai membunuh bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe pada awal bulan ini sebenarnya telah meninggalkan beberapa tanda berkenaan perancangannya pada sekeping surat yang ditulis lebih awal.

Pada hujung minggu lalu, beberapa rangkaian media telah menyatakan bahawa suspek pembunuhan Abe, Tetsuya Yamagami pernah mengutuskan surat dalam mengkritik sebuah organisasi keagamaan yang dikenali sebagai Unification Church, yang menurutnya, telah menyebabkan keluarganya mengalami kesusahan.

Pada laporan tersebut, Yamagami juga memberitahu bahawa ibunya telah memberi sehingga 100 juta Yen kepada organisasi tersebut. Disebabkan perbuatan ibunya itu, keluarganya telah ditimpa kemiskinan.

Antara perkara yang dinyatakan di dalam surat tersebut adalah mengenai kritikan keras terhadap Abe yang mana ianya dipercayai bahawa bekas Perdana Menteri negara itu mempunyai kaitan dengan organisasi keagamaan yang berusia 41 tahun itu.

Menurut laporan tersebut, Yamagami telah memaklumkan yang beliau menyimpan perasaan benci terhadap Abe, yang mana beliau melihat Abe sebagai salah seorang individu yang sangat berpengaruh yang menyokong gerakan organisasi keagamaan itu.

Pada 8 Julai lalu, Shinzo Abe telah ditembak dengan senjata api buatan sendiri sewaktu menyampaikan ucapan bagi kempen pilihanraya di bandar Nara. Beliau telah diisytiharkan meninggal dunia ketika menerima rawatan tidak lama selepas ditembak.

Organisasi keagamaan tersebut yang secara rasminya dikenali sebagai Persekutuan Keluarga Untuk Keamanan Dan Kesatuan Dunia adalah sebuah gerakan keagamaan yang diasaskan di Korea Selatan oleh Sun Myung Moon pada tahun 1954.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: