Tempatan

PERHATIAN! Jalan Kuantan-Segamat Ditutup Sehingga Akhir Mac Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 06 Mac 2023 – Jalan Kuantan-Segamat (FT012) ditutup bermula semalam sehingga 30 Mac 2023 (Ahad) akibat kerja pembaikan jalan mendap.

“Adalah dimaklumkan bahawa Laluan FT012, Jalan Kuantan – Segamat ditutup mulai 05 Mac 2023 (Ahad) sehingga 30 Mac 2023 (Ahad) bagi semua jenis kenderaan untuk pihak kontraktor menjalankan kerja-kerja pembaikan jalan berikutan jalan mendap di Seksyen 102 (Berhampiran Kawasan Burung Unta),” menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Pekan, Pahang dalam satu kenyataan di Facebook.

BACA JUGA: Projek Tebatan Banjir Disegerakan – PM

BACA JUGA: Buruh Paksa: Syarikat Jepun ‘Derma’ Dana Anak Muda Korea Selatan

BACA JUGA: AMARAN Hujan & Ribut Petir Dijangka Langgar Beberapa Negeri 3 Hari Berturut-Turut

Lanjutan itu, pihak JKR Pekan juga telah menyenaraikan beberapa laluan alternatif kepada pengguna.

Menurut mereka, jika dari arah Kuantan ke Johor Bahru, semua pengguna dilencongkan ke Laluan Persekutuan FT03 (Kuantan-Endau melalui Bandar Pekan).

Manakala jika pengguna dari arah Gambang ke Johor Bahru, mereka akan dilencongkan ke laluan FT82 (Pekan Batu Balek) ke Laluan Persekutuan FT 003 (Kuantan-Endau).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: