Antarabangsa

Mengaku Warga Muslim Mangsa Kepada Polisi Buruk Sekian Lama, Dua Calon Datuk Bandar Chicago Janji Ubah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CHICAGO, 11 September 2022 – Dua daripada calon datuk bandar Chicago memperakui nasib umat Islam dan Arab Amerika yang sentiasa menjadi mangsa kepada ‘polisi buruk’ bandar itu sejak beberapa tahun lalu selain turut berjanji akan mengubahnya.

Alderman Raymond Lopez dan Dr Willie Wilson adalah antara calon utama yang bertanding pada pilihan raya 28 Februari 2023.

Mereka mengatakan bahawa Datuk Bandar Chicago, Lori Lightfoot tidak menghormati Muslim dan Arab Amerika sebaliknya mengecewakan rakyat dalam polisi utama termasuk keselamatan awam, pembinaan semula ekonomi dan penyatuan orang ramai.

“Saya percaya bahawa kita mesti memperjuangkan peluang merealisasikan impian semua orang kerana orang ramai berada di negara ini atas sebab tertentu, sama ada mereka datang dari Timur Tengah, Amerika Tengah, Eropah Timur atau Asia. Mereka semua datang ke sini untuk nikmati peluang yang sama saya dapat selama tiga generasi saya di negara ini, dan orang lain juga begitu,” ujar Alderman, lapor media Arab.

Beliau merupakan antara yang pertama menentang tindakan Lori menutup puluhan premis perniagaan milik orang Arab dan Muslim pada Jun 2021 dalam kempen menghadapi peningkatan keganasan samseng jalanan dan senjata api di bandar tersebut.

Alderman mengaku bahawa orang Arab dan Muslim adalah ‘sasaran mudah’ untuk dieksploitasi dan dipersalahkan oleh ahli politik. Namun tiada seorang pun daripada suspek jenayah keganasan jalanan itu adalah orang Arab dan Muslim Amerika.

Sehubungan itu, Dr Willie menyokong kenyataan Lopez dengan mengatakan orang Arab dan Muslim Amerika adalah penting untuk menghasilkan Chicago sebagai bandar yang lebih baik.

Tegasnya, “Kita perlu pastikan bahawa orang Arab dan Muslim Amerika adalah sebahagian daripada pentadbiran kita. Kita mesti mencipta peluang dan kesaksamaan yang sama untuk semua rakyat tanpa mengira kewarganegaraan.”

Dr Willie turut mengatakan, beliau akan melantik seseorang mewakili masyarakat Arab dan Muslim Amerika untuk berada di bawah pentadbirannya dan memberi maklum balas terhadap beberapa isu.

“Masyarakat Arab dan Islam banyak memberi sumbangan kepada Chicago. Dan mereka tidak boleh ditinggalkan dan mereka tidak akan ditinggalkan.”

Kedua-dua calon turut bersetuju untuk membendung keganasan dan memperkasakan lagi keselamatan awam di bandar itu, selain mencadangkan beberapa inisiatif pembangunan bandar tersebut seperti mencipta pekerjaan dan menyediakan sokongan perniagaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: