Tempatan

Mengaku Liberal Tapi Ban App JAKIM – Lukman Sheriff

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JUMAAT, 25 Mac 2022 – Peguam, Lukman Sheriff mengkritik pihak yang berpendirian liberal tetapi menyekat (ban) aplikasi Hijrah Diri yang bertujuan mengajak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan umat Islam supaya kembali kepada fitrah diri.

“Apalah masalah dia orang yang nak ban app ini? Kata mereka ni liberal. Kata kita kena terbuka. Tapi bila mereka ini tak sealiran dengan pemikiran mereka, minta nak “ban” dan sekat sana sini.”

Tambah beliau, perbuatan tersebut membuktikan perangai mereka yang buruk sedangkan tidak ada undang-undang yang memaksa aplikasi yang dibangunkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu dimuat turun.

“Kenapa nak kena ban app macam gini pula. Buruk betul perangai.”

“Kalau tak suka tak payah lah download,” bidas Lukman Sheriff dan beliau turut memaklumkan “App ini adalah untuk mereka yang mahu mengetahui perspektif islam berkenaan hubungan gender.”

‘Semua ini ikut kehendak peribadi. Jadi kepada yang berminat dia downloadlah app tu.”

Beliau menerusi hantaran sama di laman sosial Facebooknya meluahkan kekesalan terhadap sistem negara yang menyekat suara sukarela yang menyebarkan kebaikan.

“Negara kita ini ada masalah apabila nak seru kebaikan secara sukarela pun disekat. Dah tak betul.”

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad memaklumkan bahawa aplikasi Hijrah Diri sudah dikeluarkan daripada Google Play.

Beliau berpandangan bahawa tindakan Google Play itu sangat mengecewakan apabila wujudnya sebuah aplikasi untuk menarik manusia kembali kepada fitrah diri dinafikan serta dihalang oleh golongan tertentu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: