Mengaku Bom Perkampungan, ASEAN Kutuk Junta Tentera Myanmar
MYANMAR, 13 April 2023 – Warga Asia Tenggara telah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Myanmar dalam mengebom sebuah kampung di sekitar kawasan Sagaing yang telah membunuh ramai orang termasuk kanak-kanak.
Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh Southeast Asian Nation (ASEAN) pada Khamis lalu, sehari setelah pihak tentera Myanmar mengesahkan tentang pengeboman tersebut di sebuah majlis yang dianjurkan oleh National Unity Government (NUG).
BACA JUGA: Kerajaan Janji Bertindak Segera Kekang Isu Kekurangan Bekalan Raya Ini
BACA JUGA: KDN Bakal Senarai Hitam Syarikat Edar Al-Quran Tanpa Kelulusan
BACA JUGA: 30 Barang Disenarai Bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Aidilfitri 2023
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat (AS) dan lain-lain pihak telahpun mengutuk serangan yang dibuat oleh para jeneral yang telah merampas kuasa daripada kerajaan yang dipilih menerusi undi sewaktu rampasan kuasa pada Februari 2021. Menurut kenyataan dari pihak ASEAN,
“ASEAN mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara yang telah dilaporkan baru-baru ini yang dilakukan oleh Tentera Bersenjata Myanmar di kampung Pa Zi Gyi”.
ASEAN menerusi kenyataan yang sama turut menegaskan bahawa segala bentuk keganasan hendaklah dihentikan dengan serta merta terutamanya mengenai menggunakan tentera dalam melawan orang awam. Menurut kenyataan itu lagi,
“Ini akan menjadi satu-satunya cara untuk membina persekitaran yang kondusif bagi sebuah dialog kebangsaan yang inklusif dalam mencari solusi keamanan yang mampan di Myanmar.”
Laporan-laporan media menyatakan bahawa seramai 100 orang telah terbunuh apabila jet-jet pejuang menjatuhkan beberapa buah bom di dewan komuniti pada pagi Selasa lalu. Menurut saksi, pengeboman tersebut diikuti dengan tembakan daripada helikopter yang mensasarkan mereka yang terselamat.