Menari K-Pop Berhijab, Jangan Sampai Jejas Akidah – Netizen
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 13 Mei 2022 – “Hati-hati dengan kenyataan awak. Bahaya betul effect akidah,” ujar seorang pengguna Twitter terhadap seorang penari K-pop berhijab warga Malaysia yang mengeluarkan kenyataan bahawa tindakannya menari dalam keadaan berhijab bukan satu kesalahan.
Penari K-pop itu membalas kepada komen-komen yang mengkritiknya dengan mengatakan bahawa dia suka berhijab dan dalam masa yang sama dia juga suka menari. Jadi, dia menggabungkan kedua-duanya.
“Terdapat sesetengah orang yang mengatakan dalam Islam, perempuan tidak seharusnya menari atau tidak seharusnya menyanyi, blah.. blah.. blah..”
“Pada saya, selagi saya rasa saya melakukan benda yang betul, selagi saya tak ganggu sesiapa lalu ia tidak menjadi satu masalah.”
“Terdapat sesetengah orang yang mengatakan saya memalukan Islam, tidak seharusnya memakai tudung dan harus tanggalkannya. Apa guna memakai tudung kalau awak menari? Macam tu lah.”
“Bila mereka fikir pasal hijab, mereka macam oh, awak kena tutup diri awak, awak kena sorokkan diri awak, awak tidak boleh berbangga dengan diri awak. Awak faham maksud saya? Awak tak boleh yakin kalau awak memakai hijab.”
Menurut wanita itu, dia tidak dapat menghalang apa yang diperkatakan oleh orang lain dan dia hanya boleh kawal apa yang dia rasakan tentang tindakannya itu.
Wanita berusia 22 tahun yang sedang melanjutkan pelajarannya di Korea Selatan itu mendapat idea untuk menceburi minat dalam dunia membuat content dalam sosial media ini ketika dia menjalani pengajiannya.
Rakaman videonya membuat cover tarian K-pop itu mendapat perhatian netizen apabila ada yang menyokong dan ada juga yang menyelar tindakan wanita itu.
“Aku sendiri pernah nampak orang kecam dia suruh buka tudung. Aku tak setuju, kalau orang itu ada buat satu dosa dan satu pahala. Maka yang dosa itu patut ditinggalkan dan pahala yang dia buat patut dikekalkan. Jadi aku kagum dengan sikap dia yang masih mahu bertudung,” tulis seorang pengguna Twitter bernama @RizzuanAmir1.
“Bila al-Quran kata haram, pendapat anda tidak penting,” kata seorang pengguna lagi @a_awni10.
“One thing muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat. Jangan pernah suruh orang buka tudung or cakap seseorang tu layak pakai tudung. Nasihat dengan cara yang baik. She’s young and she’s enjoying her life. Give her some space and kalau nak tegur, tegur dengan cara yang sesuai,” ciap pengguna bernama @lyydidiaa.
“Semoga Allah memberi dia hidayah dan taubat dan sedar dari kesilapan,” kata ArraMyra.