Tempatan

Guan Eng Nafi Batalkan Pengecualian Cukai Yayasan Syed Mokhtar Al-Bukhary

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Mac 2023 – Lim Guan Eng menafikan dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau mengarahkan pembatalan pengecualian cukai Yayasan AlBukhary semasa menjadi Menteri Kewangan.

Menerusi satu catatan di laman Facebook, Guan Eng berkata, “Saya ingin menyatakan bahawa saya tidak mengeluarkan sebarang arahan spesifik membatalkan pengecualian cukai yang diberikan oleh kerajaan BN kepada Yayasan Albukhary yang dinaungi oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.”

Tambahnya, mantan Perdana Menteri itu mendakwa sedemikian selepas ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tuduhan rasuah.

BACA JUGA: Pemandu E-Hailing Mangsa Sindiket Wang Palsu

BACA JUGA: Angin Kencang Dan Laut Bergelora Dijangka Berlaku Isnin Ini

BACA JUGA: 3 Mei, Penentuan Nasib Siti Bainun

Guan Eng bagaimanapun menafikan kenyataan Muhyiddin dan berkata ia tidak benar dan tidak tepat.

“Bolehkah Muhyiddin tunjuk surat di mana saya keluarkan arahan sebagai Menteri Kewangan untuk membatalkan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary?”

“Sekiranya beliau gagal buat demikian, saya akan mendapatkan nasihat undang-undang terhadap pembohongan Muhyiddin yang berniat jahat ke atas saya, memandangkan ia juga membabitkan tuduhan rasuah yang akan dibicarakan di mahkamah kelak,” tegasnya lagi.

Terdahulu, Muhyiddin dipanggil ke ibu pejabat SPRM atas dua perkara iaitu projek Jana Wibawa dan rayuan pembatalan cukai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-bukhary untuk badan amal Yayasan Albukhary.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: