Tempatan

Menakutkan! Syarikat Peribadi Boleh Ubah Suai Rekod Mysejahtera Kita – Boo Su-Lyn

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 April 2022 – Boo Su-Lyn, penyunting bagi portal CodeBlue, baru-baru ini mendakwa bahawa syarikat persendirian berupaya mengubahsuai maklumat peribadi rakyat yang terkandung dalam aplikasi MySejahtera.

CodeBlue adalah sebuah organisasi yang melaporkan tentang isu-isu berkaitan kesihatan dan dasar awam.

Menurutnya, sebuah ciapan lama oleh Aiza Azreen, CEO Designate MYSJ Sdn Bhd, menunjukkan bahawa CEO tersebut berupaya mengubahsuai rekod peribadi dalam aplikasi MySejahtera.

Bagi memudahkan pemahaman pembaca, MySJ adalah sebuah syarikat peribadi dan bukannya badan kerajaan.

Ciapan lama tersebut adalah sebuah perbualan di mana Aiza Azreen sedang berinteraksi dengan pengguna lain. Perbualan tersebut menunjukkan Aiza membantu pengguna tersebut untuk ‘mengubah’ tarikh lahir pengguna tersebut di aplikasi MySejahtera.

“Saya harap Kementerian Kesihatan akan keluarkan kenyataan rasmi untuk menjelaskan apakah akses yang MySJ Sdn Bhd ada terhadap pangkalan data MySejahtera.”

Ciapan CEO Designate ini (Aiza) menunjukkan dengan jelas yang syarikat peribadi boleh ubah suai rekod MySejahtera kita, bukan sekadar melihatnya saja. Ini menakutkan,” Ulas Boo Su-Lyn dalam ciapannya di laman Twitter.

Terdahulu, Boo Su-Lyn mendedahkan bahawa Aiza Azreen telah bertindak membantu pengguna-pengguna MySejahtera membetulkan maklumat-maklumat yang ‘tersilap’ dalam aplikasi MySejahtera.

Menurutnya, ini menunjukkan yang MySJ, sebuah syarikat peribadi, sebenarnya mempunyai akses yang sangat luas terhadap maklumat peribadi rakyat Malaysia.

“Jelas sekali, MySJ ada ‘direct access’ dalam mengubahsuai MySejahtera,” jelasnya melalui ciapannya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: