Antarabangsa

Wartawan Muslim Dipukul Sewaktu Buat Liputan Program Haram Hindu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW DELHI, 06 April 2022 – Empat orang wartawan Muslim yang sedang membuat liputan di sebuah program haram, Hindu Mahapanchayat telah diserang, dipukul dan dihentam dengan cacian kebencian oleh kumpulan Hindu yang berada di sana.

“@mdmeharban03 dan saya telah dipukul oleh kumpulan Hindu kerana identiti kami sebagai Muslim. Kata-kata kesat komunal dilemparkan terhadap saya dalam Hindu Mahapanchayat di Burari, New Delhi. Kami pergi ke sana untuk membuat liputan. Kami digelar jihadis dan diserang kerana kami merupakan Muslim,” kata Meer Faisal di dalam Twitternya.

Seorang lagi wartawan, Arbab Ali berkata, beliau bersama rakan-rakan wartawannya yang lain hadir untuk membuat liputan mengenai program Hindu Mahapanchayat, yang dianjurkan oleh Save India Foundation.

“Yati Narsinghanand, Pinky Choudhary, Sushil Tiwari, Suresh Chahvanke dan Preet Singh ada di sana,” ujarnya.

Kata Arbab lagi, mereka diserang secara tiba-tiba oleh sekumpulan orang dari sayap kanan.

“Mereka melemparkan kata-kata kesat komunal dan hinaan. Saya dan @meerfaisal01 sedang menemuramah orang. Tiba-tiba sekumpulan orang dari sayap kanan datang kepada kami dan merampas kamera serta telefon kami. Mereka juga bertanyakan nama kami. Apabila kami memberitahu nama kami, mereka menggelar kami sebagai jihadis.”

Hindustan Times melaporkan, program Hindu Mahapanchayat yang menyaksikan kenyataan-kenyataan anti-Muslim dikeluarkan oleh tokoh sami Hindu itu sebenarnya tidak mendapat kebenaran pihak polis.

“Polis berkata mereka menafikan kebenaran untuk acara itu, begitu juga agensi pemilik tanah Delhi Development Authority (DDA),” kata Hindustan Times.

Dalam video dikongsikan oleh AA News, Ketua Sami, Yati Narsinghanand menyeru orang Hindu untuk mengangkat senjata sekiranya mahu mengubah masa depan India.

“Jika seorang Muslim dilantik menjadi Perdana Menteri, 50% daripada kamu (Hindu) akan menukar pegangan kepercayaan 20 tahun akan datang.”

“40% Hindu akan dibunuh jika India mendapat Muslim sebagai PM.”

“Inilah masa depan orang-orang Hindu. Jika kamu mahu mengubahnya, jadilah lelaki (mard bano). Apa maksud jadi lelaki? Seseorang yang bersenjata,” kata Narsinghanand.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: