Antarabangsa

Mempertaruhkan Silat, Kumpulan Tarian Malaysia Menang Tempat Ke-3 Di Singapura

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 17 Ogos 2022 – Kru dansa dari Malaysia yang menyelitkan unsur seni silat dalam rutin tarian mereka, Zeppo Youngsterz berjaya memenangi tempat ketiga dalam Super 24 2022, sebuah pertandingan tarian jalanan.

Super 24 2022 diadakan pada 14 Ogos 2022 di Our Hub Tampines, Singapura.

“Untuk anda Malaysia,” tulis kru itu dalam laman Instagram mereka usai kemenangan.

Pada hari pertandingan, kru dansa yang terdiri daripada 24 orang anak muda itu dilihat sedondon berbusana Melayu berwarna merah dan bertanjak putih di kepala.

Elemen silat di samping alunan muzik rancak berelemen tradisional itu membuatkan persembahan kru Zeppo Youngsterz mendapat sorakan dan tepukan gemuruh berkali-kali daripada para penonton. Ternyata persembahan penuh estetika itu juga mendapat pengiktirafan di kalangan para juri antarabangsa.

Kemenangan Zeppo Youngsterz itu dihujani dengan ucapan tahniah oleh pengikut laman media sosial mereka.

“Mewakili Malaysia dan buatkan kami bangga seperti selalu,” kata shazrul_affandy.

” Sangat berbangga dengan anak-anak Malaysiaku, ” kata cja3048 pula.

Leave a Reply

Back to top button