Tempatan

Video Tular Melayu Gaduh Depan Kedai Cina, Respons Polis Terengganu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA TERENGGANU, 01 Ogos 2022 – Pihak polis IPD Kuala Terengganu mengesahkan berlaku kejadian bergaduh menggunakan senjata di luar sebuah kedai makan milik seorang wanita Cina di Kuala Ibai, Kuala Terengganu seperti dalam video tular di sosial media baru-baru ini.

“Pihak polis IPD Kuala Terengganu telah pergi ke tempat kejadian dan mendapati pergaduhan tersebut telah selesai dan kesemua mereka telah melarikan diri. kata Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Bin Md Din dalam satu kenyataan media.

Hasil siasatan dan risikan mendapati dipercayai seramai lima belas ke dua puluh orang dari dua kumpulan terlibat dalam pergaduhan ini dengan menggunakan senjata berbahaya.

“Pergaduhan ini dipercayai berpunca disebabkan oleh perselisihan faham yang berlaku di antara seorang lelaki Melayu yang merupakan seorang penyewa rumah dengan seorang lelaki Melayu yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di perumahan tersebut di atas isu parkir kenderaan yang berlaku pada pagi kejadian, 28/7/2022,” tambah beliau.

Susulan kejadian, polis telah menahan seramai (8) orang suspek yang terlibat dalam kejadian pergaduhan manakala usaha untuk mengesan beberapa suspek yang lain lagi sedang giat dijalankan.

Sehubungan itu, kepada sesiapa yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian tersebut boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Insp. Rohaidy di talian 013-9324302 atau boleh berhubung dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di talian 09-6322243.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

“Orang awam dinasihatkan supaya tidak membuat khabar angin atau spekulasi negatif ke atas kejadian ini dan situasi keselamatan kawasan berkenaan adalah dalam keadaan terkawal,” ujar ACP Abdul Rahim.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: