Tempatan

Memoir Tommy Thomas : Apa Tindakan PDRM? – Hanif Khatri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 11 Oktober 2021 – “Persoalannya, apakah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa iaitu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pejabat Peguam Negara berkaitan laporan–laporan itu?” soal Mohamed Haniff Khatri Abdulla mengenai isu buku Memoir Tommy Thomas.

Sebelum itu, pelbagai laporan polis telah pun dibuat oleh pelbagai pihak pada awal tahun 2021 setelah buku Memoir Tommy Thomas diterbitkan.

Menurut peguam itu dalam siaran Facebooknya, isu ini berkaitan dengan kedaulatan undang-undang dan bukannya berkaitan dengan isu politik.

“Isu-isu yang dibangkitkan dalam buku tesebut tidak semestinya dan tidak boleh diselesaikan oleh jabatan kuasa politik yang dianggotai oleh Menteri” tegas beliau.

Beliau juga berkata, tindakan undang-undang harus diambil terhadap penulis Tommy Thomas jika terdapat salahlaku dalam penulisannya. Hatta, penerbit buku tersebut juga perlu bertanggungjawab atas kesalahan berkenaan.

Tambah beliau, pada tahun 2019, kerajaan telah mengumumkan akan menubuhkan satu RCI untuk bidang kehakiman setelah hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer memfailkan satu affidavit.

Bagaimanapun, RCI tersebut tidak ditubuhkan, dan diganti dengan jawatankuasa khas bagi menyiasat kes berkenaan.

“Tetapi sehingga kini tidak ada apa-apa RCI kehakiman ditubuhkan tapi satu jawatankuasa pula ditubuhkan untuk mengkaji isu kehakiman, ini bukan caranya. Politik tidak boleh mencampuri kedaulatan undang-undang,” tegas Haniff Khatri.

Namun katanya, kemungkinan penubuhan jawatankuasa itu hanya untuk mengaburi mata rakyat dengan cara lari daripada kedaulatan undang-undang.

“Saya khuatir apa yang ingin dilakukan ini adalah untuk mengkaburi minda rakyat dan lari pada hakikat bahawa ketiga-tiga perkara kedaulatan undang-undang cuba diselindungi melalui tindakan politik dan menampilkan satu keadaan palsu seolah-olah kerajaan ini cuba menyelesaikan masalah,” ujarnya.

Hanif khatri mengakhiri kenyataannya semalam dengan harapan kerajaan mendedahkan laporan jawatankuasa tersebut.

“Setiap laporan jawatankuasa ini wajib didedahkan,” katanya.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button