Tempatan

Memaki Kerajaan Itu Hak Seseorang, Kerajaan Mesti Terima Segala Kritikan – Lukman Sheriff

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 10 Disember 2022 – Memaki Kerajaan itu adalah hak seseorang individu dan Kerajaan mesti menerima segala kritikan tersebut, tidak kiralah seteruk mana cacian dan fitnah yang diterima Kerajaan, demikian pandangan yang diutarakan oleh peguam, Lukman Sheriff dalam hantaran di Facebooknya.

Beliau juga menjelaskan bahawa “Kita tak boleh ban/ sekat kebebasan bersuara/ free speech atas alasan ekstrim atau slander/ fitnah seperti dinyatakan dalam lapuran akhbar. It is too generic atau arbitrary.”

“Pada kumpulan kanan, Dong Zhong adalah ekstrim. Adakah kita patut sekat mereka bersuara atas alasan mereka ekstrim? Pada kumpulan liberal/kiri, penentang sekolah vernakular adalah ekstrim. Adakah mereka patut disekat? Juga, mungkin pada ramai melayu DAP ini ekstrim. Pada ramai bukan melayu pula PAS ekstrim. Adakah kita patut sekat mereka bersuara? Ini terlalu arbitrari. Kita tak boleh laksana undang2 ikut suka hati/ sewenang2nya. Ini bukan rule of law.”

Lukman Sheriff juga berkata, selain kritikan, fitnah juga tidak boleh disekat tetapi pembuat fitnah boleh disaman kerana negara mempunyai undang-undang tersebut.

Berlainan pula dengan isu menyekat atas alasan ekstrem dan fitnah mengikut definisi atau citarasa sendiri adalah tak boleh, dan sekiranya Kerajaan menyekat satu pihak sahaja, bukankah ini berat sebelah dan diskriminasi yang boleh menimbulkan pelbagai masalah seperti menekan hak rakyat.

Lukman Sheriff mengingatkan Kerajaan supaya tidak termakan dengan cara liberal menangani kebebasan bersuara, “Pada mereka kalau tak setuju aje mereka akan label ini hatred/ kebencian dan minta disekat/ “ban”. Woke culture.”

Sedangkan, kebencian adalah sebahagian dari kebebasan bersuara walaupun ia bertindak menyakiti, tetapi itu tidak bermakna semua kebencian mesti dibenarkan.

Sekiranya ia boleh menyebabkan timbulnya keganasan, mengganggu ketenteraman awam, maka ia boleh disekat kerana negara sudah ada beberapa sekatan di bawah akta seperti akta hasutan atau kanun keseksaan yang sudah lama terpakai.

Tuntasnya, kritikan ataupun fitnah bukanlah tidak boleh disekat langsung, tetapi ia perlulah disertakan dengan alasan dan sebab yang jelas kenapa ianya ditegah misalnya menghina Nabi atau agama yang akan mengganggu ketenteraman awam, menghina atau memfitnah YDPA.

“Ini tidak boleh dibiarkan dan mesti disekat.”

Mengakhiri kenyataan, beliau berkata, adalah tidak konsisten sekiranya Pakatan Harapan (PH) yang bertahun-tahun mewujudkan gerakan untuk memansuhkan atau meminda akta MCMC, kini menyekat media atas talian.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: