Tempatan

Melihat Anak Muda Bersilat, Hati Saya Menangis – Wakil Delegasi Hawaii

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Ogos 2022 – “Saya datang dari Hawaii. Saya sangat berbangga dapat berada di sini. Saya rasa anda berada di landasan yang betul kerana kita dapat menyaksikan masa depan budaya, tradisi seni mempertahankan diri yang anak muda ini baru sahaja tunjukkan. Ia membuatkan hati saya menangis menyaksikannya di depan mata,” komen wakil delegasi dari Hawaii, Pu’uhonua D.K.B. Kanahele.

Kenyataan ini dikeluarkan sejurus selesai melihat persembahan silat yang didemonstrasikan di sekitar Hari Temasya Peradaban Bangsa Melayu yang dianjurkan oleh Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) pada 30 Julai 2022 di Stadium KLFA, Desa Melawati, Kuala Lumpur.

Pu’uhonua D.K.B. Kanahele seterusnya berpendapat agar temasya seperti ini perlu terus dilakukan.

“Teruskanlah acara seperti ini. Saya percaya ia akan jadi sesuatu yang besar akan datang. Saya percaya ini.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: