Antarabangsa

Tuduhan Penipuan Ratusan Juta, Teddy Teow Diekstradisi Ke China

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANGKOK, 19 Januari 2023 – Ahli perniagaan Malaysia, Tedy Teow Wooi Huat diekstradisi ke China bagi menghadapi pertuduhan berkaitan penipuan ratusan juta.

Mahkamah Thailand memerintahkan ekstradisi itu melalui keputusan melalui atas talian, di mana pengasas kumpulan MBI itu boleh memfailkan rayuan dalam tempoh 30 hari.

Pada masa sama, Malaysia juga memfailkan permintaan ekstradisi.

Sebelum ini, pihak berkuasa China telah memfailkan permintaan untuk mengekstradisi Teow ke China akibat penipuan dan skim pelaburan meragukan malah dia juga tersenarai dalam Notis Merah Interpol untuk disoal siasat.

Berhubung ekstradisi Malaysia, peguam Teow, Juti Suanraksa berkata pasukan peguam akan menyediakan dokumen yang diperlukan untuk dikemukakan kepada mahkamah atas permintaan ekstradisi.

“Kami mengemukakan dokumen tambahan seperti yang diminta. Mahkamah dijangka mendengar kes permintaan ekstradisi Malaysia tidak lama lagi,” ujarnya.

BACA JUGA: Kerajaan Negeri Pahang Dedah Senarai ‘Datuk’, ‘Datuk Seri’ Palsu

BACA JUGA: Trailer Filem “Pulau” Tidak Sesuai Untuk Tayangan – Menteri

BACA JUGA: CPTPP: Bakul Sampahkan Agenda Bumiputera

Ahli perniagaan itu telah ditahan pada 21 Julai lalu sekali gus dikehendaki pihak berkuasa China kerana menipu pelabur. Mereka juga mahu dia disoal siasat susulan saman yang difailkan kira-kira 400 pelabur dari China untuk mendapatkan semula pelaburan bernilai kira-kira RM100 juta.

Kemudian pada 25 Julai, polis Malaysia memohon Teow diekstradisi ke Malaysia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: