Antarabangsa

COVID-19 Terbukti Kurangkan Pemahaman Murid Dalam Pembelajaran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 11 Julai 2022 – Penilaian Sats England mendedahkan bahawa pandemik COVID-19 memberi kesan negatif kepada prestasi pencapaian dalam kalangan murid-murid sekolah.

“Hanya 59% daripada kanak-kanak berumur 10 dan 11 tahun mencapai standard yang dijangkakan Jabatan Pendidikan dalam literasi, penulisan dan matematik, kadar terendah sejak 2017 dan di bawah 65% yang dicatatkan pada 2019 sebelum wabak,” lapor Sats menurut The Guardian.

“Cabaran ini akan menjadi lebih besar jika inflasi yang meningkat mengurangkan belanjawan sekolah,” kata Jon Andrews, Ketua Analisis di Institut Dasar Pendidikan (EPI).

Gusar dengan keadaan ini, Rachel de Souza, Pesuruhjaya Kanak-Kanak untuk England telah membuat rayuan bagi mendapatkan lebih banyak bantuan untuk membaiki pembangunan pendidikan dalam kalangan kanak-kanak yang keciciran.

“Lebih banyak sumber harus dan mesti pergi ke sana, saya fikir ia sangat serius,” katanya kepada ahli parlimen negara itu.

Menurut The Guardian lagi, walau bagaimanapun, terdapat peningkatan dalam standard membaca kanak-kanak, dengan 74% pada atau melebihi standard kebangsaan, berbanding 73% pada 2019.

Di Malaysia pula, Pengerusi Pusat Kajian Kepimpinan dan Polisi Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Azlin Norhaini Mansor berkata, kelompok murid yang memulakan pendidikan rasmi Tahun Satu pada 2020, iaitu ketika pandemik mula menular di negara ini, merupakan golongan paling berisiko mengalami kehilangan pembelajaran atau learning loss.

“Kegagalan murid menguasai dengan baik tiga kemahiran asas – membaca, menulis dan mengira (3M) akan memberi kesan kepada pembelajaran mereka di peringkat tinggi dan seterusnya ketinggalan sekiranya tiada langkah intervensi diambil,” ujar beliau.

Justeru, beliau menegaskan bahawa strategi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam perkara ini perlu dilaksanakan secara berterusan merangkumi program mitigasi dan intervensi dengan matlamat jangka pendek dan jangka panjang, termasuk mewujudkan kembali kelas peralihan jika perlu.

“Tidak boleh berbentuk one-off atau hanya selama dua hingga tiga bulan,” tegas Dr Azlin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: