Tempatan

Melayu Perlu Difahamkan Tentang Perjuangan Kita – Ketua DAP Melaka

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

MELAKA, 12 November 2021 – Pengerusi DAP Melaka, Tey Kok Kiew menyatakan bahawa DAP perlu memahamkan pengundi Melayu tentang perjuangan dan falsafah DAP bagi menjamin kelangsungan parti tersebut.

“DAP tidak boleh kekal di kawasan bandar sahaja, kita perlu luaskan pengaruh kita. Sebagai ketua DAP peringkat negeri, saya perlu memimpin berdasarkan tauladan dengan memasuki kawasan-kawasan kampung, pelajari gaya hidup bangsa lain di sana dan beri mereka peluang untuk mengenali kita,” ujar beliau.

Tey menyatakan bahawa DAP akan menyerahkan cabaran untuk memenangi kawasan yang lebih cenderung dengan DAP kepada calon-calon baharu yang kurang berpengalaman, manakala calon yang lebih veteran seperti beliau akan bertanding di kawasan lebih sukar.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, Tey berkata, beliau akan berusaha merebut kerusi Beremban yang didominasi oleh Melayu, manakala kawasan Bandar Hilir yang dahulunya dipegang oleh beliau akan diserahkan kepada Leng Chau Yen yang berumur 37 tahun.

ADUN Melaka itu turut menyatakan bahawa langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk memastikan DAP berjaya meraih sokongan pengundi Melayu tanpa perlu sentiasa bergantung kepada Pakatan Harapan.

Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 yang lalu, DAP telah meningkatkan bilangan calon Melayu dari empat pada tahun 2013 kepada sembilan orang calon dengan penyertaan Young Syefura, Dr Abdul Aziz Bari dan beberapa orang calon lain.

Leave a Reply

Back to top button