Antarabangsa

Isu Palestin Dekat Di Hati Semua Muslim – Putin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RUSIA, 13 Oktober 2023 – Presiden Rusia, Vladimir Putin telah mengeluarkan kenyataan bahawa setiap orang Islam merasakan bahawa hal kezaliman dalam isu-isu yang berlaku terhadap warga Palestin adalah sangat dekat dengan hati mereka.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Putin pada Rabu lalu sewaktu beliau berucap dalam sesi majlis Russian Energy Week.

Ujar presiden itu, “Masalah yang menimpa warga Palestin itu adalah sangat dekat dengan hati setiap individu yang berada di rantau tersebut. Saya percaya bahawa ianya sangat dekat dengan hati setiap orang yang mengamalkan Islam”.

Dalam kenyataan yang sama Putin turut mengakui bahawa isu yang berlaku terhadap rakyat Palestin adalah sebuah isu yang telah lama terjadi.

Katanya lagi, “Setiap yang telah berlaku selama berpuluh-puluh tahun, bukan hanya pada masa kini, adalah dilihat sebagai sebuah kezaliman, yang telah meningkat kepada suatu tahap yang dahsyat”.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sewaktu ketegangan sedang memuncak di sekitar Semenanjung Gaza sewaktu Israel telah bertindak melancarkan bom-bom terhadap Gaza yang telah setakat ini mengorbankan sekitar 800 nyawa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: