Iqtisad Pribumi

Melayu: Moral vs Kuasa – Hezri Sardi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Siapa JAHAT? Siapa BAIK?
Parti politik mana JAHAT? Parti politik mana BAIK?
Politikus mana JAHAT? Politikus mana BAIK?
Media sosial, penyokong parti politik mendakwa BAIK dan JAHAT ditentukan oleh MORAL. Tapi mereka semua tak layak cakap pasal MORAL, BAIK JAHAT selagi tak faham pasal MORAL reasoning (sila Google).

Mahkamah memang ikut buku dan akta ciptaan manusia, itu tak boleh buat apa tapi JAHAT dan BAIK kita kata mesti mengikut MORAL. Tapi kita pula tak pernah tahu pasal MORAL reasoning. Moral terbahagi kepada 2 jenis utama:

1) Categorical (atau deontological)

Moral jenis yang tetap, tak berubah-ubah. Misalnya, tak boleh minum arak. Tak boleh homoseks. Tak boleh judi.

2) Consequentialism (atau teleological)

Moral yang diubah mengikut apa yang nak dicapai. Pendek kata, Matlamat Halalkan Cara.
Misalnya, subsidi ubat kepada pengamal homoseksual untuk mereka elak HIV.
Orang yang banyak kes mahkamah boleh dilantik menjadi Menteri untuk dapat kuasa supaya boleh ubah negara.
Nepotisme dibolehkan untuk selesaikan ekonomi negara.

Di media sosial, banyak orang bukan Islam termasuk di Malaysia galak mengutuk Nabi SAW pasal isu Nabi nikah dengan Aisyah R.A yang di bawah umur. Mereka kata Nabi “paedophile”! Seksyen 375 Kanun Keseksaan “bersetubuh dengan perempuan di bawah 16 tahun” adalah salah. Paedophile! Jahat!
Jadi mereka kata Nabi jahat sebab nikah dengan perempuan bawah umur.

Tapi sebelum nak kata Nabi salah daripada segi moral, kena tanya adakah pengutuk itu faham perbezaan moral antara Consequentialism dengan Categorical?

Undang-undang ciptaan manusia dalam isu perempuan bawah umur adalah Consequentialism kerana ia dicipta bagi mencapai tujuan tertentu. Ia boleh berubah-ubah. Jadi, tak boleh kata Nabi jahat hanya kerana moral Consequentialism itu.

Politikus Kerajaan sekarang misalnya, masa pembangkang dulu, lawan nepotisme, kata penyamun tak boleh jadi menteri, seolah-olah ia moral yang categorical, yang tetap tapi setelah jadi Kerajaan, mereka buat macam-macam U-turn atas alasan demi mencapai tujuan lebih besar. Maknanya, dasar moral mereka Consequentialism, boleh diubah-ubah ikut agenda.

Apa mereka buat, U-turn bagai sebenarnya tidak salah. Mereka cuma bertindak ikut moral Consequentialism. Cuma masalahnya mereka macam berbohong sebab masa pembangkang dulu mereka cakap seolah-olah mereka ikut moral yang tetap atau “Categorical”.

Orang bukan Melayu lebih-lebih lagi Cina begitu berpegang kepada moral Consequentialism. Moral boleh berubah bagi mencapai tujuan “baik”. Walau bagaimanapun, selalunya bila manusia kata dia baik, dia selalunya dalam delusi, berkhayal. Naratif, persepsi kata mereka nak capai sesuatu yang agung, tapi sebenarnya tak agung pun.

Sebab itu, “tujuan” atau “agenda” dalam Consequentialism disebut sebagai “Utility” atau “kepuasan”. Moral berubah-ubah bagi mencapai UTILITY. Ia dipanggil “Utilitarian”, berasal daripada perkataan Utility. Apabila orang Cina, misalnya, mencapai UTILITY mereka, mereka akan ubah moral supaya lebih mencapai UTILITY mereka. KUASA Politik dan ekonomi misalnya memaksima Utility.

Utilitarianism ialah unsur paling selalu berlaku dalam Moral jenis Consequentialism. Cina yang biasa dengan Consequentialism selalunya akan menyalahkan Melayu, Bumiputera yang tak biasa dengan Consequentialism. Justeru, kuasa ekonomi dan politik menjauhi orang Melayu, selagi mereka tak mahir dalam Consequentialism.

Lawan kepada moral Consequentialism seperti saya jelaskan pada awal tadi ialah Moral jenis categorical. Orang Melayu yang beragama Islam sejak kecil diajar jangan judi, zina, jangan minum arak, jangan homoseksual. Kenapa tak boleh? Sebab agama kata Haram, tak boleh ubah-ubah. Itu Moral jenis categorical. Sebab membesar dan terbiasa dengan moral categorical, dalam hal ehwal yang lain pun Melayu cenderung untuk categorical. Sebab itu Melayu kalah kepada orang Cina. Apabila orang Melayu sibuk kata orang Melayu lain jahat, politikus dan kapitalis Cina bertepuk tangan kerana bagi mereka tiada orang jahat dan baik, semuanya Consequentialism bagi mencapai dominasi politik dan ekonomi.

Ambil contoh politik wang. Politikus Cina menjual naratif bahawa politik wang oleh orang Melayu ialah moral yang Categorical, yang mutlak. Jahat baik ditentukan secara ini. Walhal politik wang ialah Consequentialism.

Misalnya, undang-undang wang dalam pilihan raya di negara kita dah lapuk dan tak diubah macam negara lain. Sebelum Pilihan Raya Ke-15, dulu persepsi dimainkan supaya peraturan seperti Akta Lompat Parti dan undi 18 tahun digubal. Saya kata itu tak guna. Yang paling mustahak ialah undang-undang dana politik. Kerana parti politik pasti perlu duit yang banyak. Bagi menggalakkan demokrasi, negara maju buat akta dana politik supaya ahli politik tahu apa boleh buat, apa tak boleh buat. Tiada manipulasi oleh mana-mana pihak. Politik wang dijual dalam naratif moral Categorical macam homoseks, judi, arak walhal politik wang hanya moral Consequentialism yang bergantung kepada perubahan undang-undang manusia. Naratif dijual pesalah moral Consequentialism sebagai orang jahat.

Sistem pilihan raya First Past The Post yang pecahkan undi Melayu, dan ketiadaan undang-undang jelas dalam dana parti politik, kedua ini akan menyebabkan orang Melayu terawang-awang di Tanah Melayu. Ada orang kata Perjanjian Comprehensive Progressive Trans Pacific Partnership (CPTPP) akan menyebabkan Melayu hilang kuasa. Saya gelak saja, kerana walaupun kita berjaya halang CPTPP, dengan trend politik dan ekonomi sejak berdekad lepas, orang Melayu akan tetap hilang kuasa.

Ingat moral Consequentialism/ Utilitarianism yang politikus/kapitalis Cina pegang, tujuan bukan untuk sokong orang BAIK atau lawan orang JAHAT. Ia hanya untuk mendapat kuasa. Tapi Melayu masih lagi tertipu, kata Melayu itu baik, Melayu itu jahat!

Hezri Sardi

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: