Tempatan

Melayu Jadi Melayu? 50 Tahun Lagi Melayu Hilang Segalanya – Netizen

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 Oktober 2022 – Menurut seorang pengguna laman sosial Facebook, orang Melayu bakal kehilangan segalanya dalam tempoh 50 tahun lagi dan hanya menjadi penonton sahaja kerana setakat ini, dakwanya Melayu sudah hilang hampir 70 peratus tanah, ekonomi, kedai dan bangunan-bangunan besar juga bukan milik Melayu.

Beliau memuat naik komen tersebut di bawah satu hantaran media tempatan berikutan surat pembaca yang menggesa orang Melayu perlu kembali menjadi Melayu.

Isi kandungan surat pembaca berkenaan adalah mengenai kenyataan balas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad susulan soalan mengapa beliau masih mahu memperjuangkan Melayu? Adakah Melayu lebih penting daripada Islam?

Menurut jawapan Tun Dr Mahathir yang dikatakan selari dengan takrifan Melayu dalam konteks perlembagaan Malaysia, “Perjuangan untuk kebaikan bangsa Melayu juga adalah perjuangan untuk kebaikan Islam.”

Netizen lain turut memberikan komen balas menyatakan bahawa tidak cukup Melayu hanya jadi Melayu, kepimpinan Melayu dilihat sering menggunakan Melayu untuk diperkudakan. Yang memperkudakan orang Melayu adalah pemimpin Melayu gila kuasa.

“Melayu tak akan menjadi melayu.melayu akan dikuda2 kan dgn manusia yg gila kuasa ….yg gila kuasa melayu.so melayu tikam melayu..so melayu tetap tak jadi melayu.”

Screenshot-2022-10-13-224648.png?resize=474%2C109&is-pending-load=1#038;ssl=1

Terdapat juga netizen yang menempelak dengan mengatakan bahawa, dekat sahaja dengan Pilihan Raya Umum (PRU), semua pihak akan bercakap tentang Melayu, tetapi selepas pilihan raya berakhir, pihak-pihak ini jugalah yang akan mengutuk bangsa Melayu.

“Nk dkt PRU semua yg baik2 keluar berkenaan Melayu, esok bila dh menang mcm2 dikatanya dkt Melayu.”

image.png?resize=453%2C86&is-pending-load=1#038;ssl=1

Tambah seorang netizen lagi, rancangan untuk memiskin orang Melayu terus berjalan dan agenda serta hak keistimewaan orang Melayu di bawah Perkara 153 terus disembunyikan.

“Melayu mesti kembali menjadi melayu….Tapi yg peliknya perkara 153 disembunyikan dari pengetahuan orang2 melayu. Memiskinkan bangsa melayu secara terancang terus berjalan. Orang2 melayu wajib tolak parti2 yg konon2nya memperjuangkan Melayu, sokonglah parti2 yg mengutamakan dan memperjuangkan dasar2 perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang2 sebagai teras bernegara. Dgn kembalikan pentadbiran kepada berteraskan perlembagaan secara nyatalah kita mengembalikan hal2 melayu dlm negara ini.”

image-1.png?resize=413%2C169&is-pending-load=1#038;ssl=1

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: