Tempatan

Melayu Boleh Untung Dengan Berpecah – Prof Dr Wong Chin Huat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Februari 2022 – Penyelesaian untuk menguntungkan orang Melayu dan juga watan Malaysia seluruhnya adalah dengan perpecahan parti-parti sama ada Melayu atau selainnya, demikian menurut Profesor Dr Wong Chin Huat.

Beliau yang merupakan ahli sains politik khusus dalam sistem pilihan raya, politik parti dan demokrasi berparlimen berkata, sekiranya parti-parti dan ahli-ahli politik Melayu dapat bersaing secara profesional, bukan sahaja orang Melayu malah semua rakyat Malaysia mendapat kebaikan darinya.

BACA: Syarikat Bumiputera Mengaku Salah Tuduhan Bekal Minyak Masak Berlebihan
BACA: Naikkan Harga Atau Tiga Juta Telur Tiada Ramadhan Ini — Lee Yoon Yeau
BACA: Harga Barang Dijangka Naik Selepas Tahun Baru Cina – DPMM

“Kalau parti-parti dan ahli-ahli politik Melayu dapat bersaing secara profesional seperti ahli sukan dan perniagaan, bukan sahaja orang Melayu tetapi semua rakyat Malaysia akan untung.”

Sebaliknya menurut ilmuan yang pernah berkhidmat dengan badan pemikir dasar awam kerajaan Pulau Pinang, Penang Institute itu lagi, “Kalau mereka tidak berupaya atau tidak beramanah, maka perpaduan mereka untuk menutup kesalahan sesama lain hanya akan merosakkan bukan saja orang Melayu, tetapi seluruh negara.”

Beliau percaya bahawa hanya dengan persaingan sihat, munculnya kestabilan yang mampan.

Perpecahan tersebut mestilah atas dasar persaingan yang sihat iaitu atas idea dan bersaing dengan menawarkan dasar dan langkah penyelesaian yang lebih baik dan bukanlah sekadar tuduh-menuduh.

“Siapa pengkhianat kepada siapa sudah tidak penting lagi, selagi burung pegar yang mengkhianati rakyat dapat dihukum rakyat.”

Maka dalam isu ini, siapa pun yang menang, rakyat tetap akan dimanfaatkan, kata beliau.

Tambah beliau lagi, ada yang suka mengaitkan perpecahan dengan kelemahan sedangkan, hakikatnya perpecahan tidak semestinya merugikan rakyat.

“Perpecahan dan persaingan sering berlaku kerana kekuatan yang setanding, bukan kelemahan. Sebagai contoh, pada tahun 1402, Empayar Uthmaniyah dan Empayar Timur berperang di Ankara bukan kerana kedua-dua kerajaan Muslim ini lemah, sebaliknya sangat kuat.”

“Jadi, soalan yang perlu ditanya bukan bagaimana nak mengelakkan perpecahan antara elit Melayu, tetapi bagaimana memastikan perpecahan itu boleh menguntungkan orang Melayu dan juga watan Malaysia seluruhnya?”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: