Antarabangsa

INFLASI – Pentagon Minta Tambah RM189 Bilion Tahun Depan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 13 September 2022 – Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan memerlukan dana tambahan sebanyak 42 bilion USD (RM189 bilion) bagi tahun kewangan akan datang dalam menghadapi kekurangan keupayaan pembelian berikutan faktor kenaikan harga.

Perkara tersebut dinyatakan dalam laporan yang dikeluarkan pada minggu ini oleh sebuah kumpulan industri pertahanan.

Laporan yang sama juga turut menyatakan bahawa tahap hilang kuasa beli oleh Pentagon yang disebabkan oleh inflasi akan mencecah sebanyak 110 bilion USD (RM495,770,000) pada anggaran tahun kewangan 2021 hingga 2023.

Laporan Persatuan Industri Pertahanan Kebangsaan (NDIA) itu juga menyatakan bahawa kadar inflasi yang besar adalah sesuatu yang agak mencabar bagi Pentagon dan ribuan kontraktor industri pertahanan yang lain.

Menurut laporan tersebut, hal ini dirumitkan lagi dengan cabaran daripada pandemik COVID-19 dan krisis jaringan pembekalan.

Dalam menghadapi isu ini, NDIA mengharapkan agar Kongres AS dapat menyediakan dana penyelamat kepada syarikat-syarikat yang terlibat dalam kontrak harga tetap jangka panjang. Selain itu, persatuan tersebut juga turut mencadangkan agar kontrak-kontrak akan datang akan bersifat tertakluk kepada perubahan harga.

Bantuan dana penyelamat tersebut dipinta berikutan syarikat-syarikat pertahanan yang kecil tidak dapat membuat rundingan harga. Syarikat-syarikat kecil tersebut mengalami kerugian kerana kekurangan pekerja dan kenaikan harga barang yang ketara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: