Antarabangsa

Melampau! Salwan Momika Pijak & Sepak Al-Quran Pula, Sweden Digesa Bertindak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

STOCKHOLM, 21 Julai 2023 –Sweden digesa bertindak menghentikan perbuatan mencemarkan kitab suci al-Quran susulan insiden seorang pelampau, Salwan Momika yang kembali memijak dan menendang kitab suci itu di hadapan Kedutaan Iraq di Stockholm hari ini.

Lapor sebuah agensi berita antarabangsa, Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan hari ini telah menggesa pihak berkuasa Sweden untuk mengambil semua langkah yang perlu bagi menghentikan perbuatan memalukan itu.

Malah, Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata, Riyadh turut mengecam “tindakan berulang dan tidak bertanggungjawab pihak berkuasa Sweden” yang sering membenarkan pihak pelampau untuk membakar dan mencemarkan kitab suci al-Quran.

BACA JUGA: 3R: Guan Eng Telah Langgar 2 Daripada 3R-KJ

BACA JUGA: 9 Hilang, Kapal Kargo Terbalik

BACA JUGA: Muat Naik Rakaman Dari Luar Negara, JAINJ Sukar Tangkap Pengikut Si Hulk

Kementerian itu justeru menuntut Sweden untuk menyerahkan nota bantahan terhadap tindakan mencemarkan kitab suci al-Quran tersebut.

Di samping itu, Kementerian Luar Turkiye dengan kerasnya turut mengutuk serangan keji yang menyasarkan kitab suci al-Quran di hadapan Kedutaan Iraq di Stockholm hari ini.

Ia turut disusuli dengan Kementerian Luar Iran yang memanggil duta Sweden di Tehran untuk membantah sekeras-kerasnya tindakan keji itu.

Dalam kejadian hari ini, Salwan Momika, bertindak memijak dan menendang al-Quran dan turut melangkah dan menendang bendera Iraq di hadapan kedutaan Iraq di Stockholm.

Pada 28 Jun lalu, Salwan Momika mencetuskan provokasi dengan membakar kitab suci al-Quran di luar masjid utama Stockholm di mana tindakannya itu membangkitkan kecaman keras dari pelbagai pihak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: