Tempatan

110 Negara Rekod Peningkatan Kes COVID-19 Disebabkan Dua Subvarian Omicron

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 08 Julai 2022 – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin melalui hantaran di Twitter miliknya mendakwa bahawa sudah lebih 110 negara telah merekodkan peningkatan kes COVID-19 yang didorong oleh dua subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 yang merebak dengan pantas.

Beliau turut memberitahu bahawa selain Malaysia, negara jiran lain seperti Singapura dan Indonesia juga sedang mengalami peningkatan kes COVID-19 disebabkan oleh dua subvarian terbabit.

Justeru, beliau menyeru orang ramai untuk mendapatkan booster bagi yang belum dan juga menyeru warga emas dan golongan berisiko untuk mendapatkan booster kedua bagi yang belum mengambilnya.

Selain itu, beliau turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa memakai pelitup muka di tempat tertutup dan sesak serta mengamalkan (Test, Report, Isolate, Inform dan Seek) TRIIS bagi mengekang penularan kes COVID-19.

“Jangan ambil ringan situasi ini. Ramai di sekeliling kita yang tidak dijangkiti COVID-19 sepanjang dua tahun lepas kini telah dijangkiti,” jelas Khairy Jamaluddin.

Dalam hantaran berbeza, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengingatkan orang ramai mengenai Hari Raya Aidilfitri yang lalu yang menyaksikan peningkatan kadar pergerakan dalam masyarakat dan aktiviti perkumpulan ramai adalah antara punca bilangan ke harian melonjak kepada 3,410 kes pada 12 Mei 2022.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: