Tempatan

Luruan Monsun Bawa Hujan Dijangka Sehingga 2 Februari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Januari 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan luruan monsun bakal berlaku di rantau negara sehingga 2 Februari ini.

Jangkaan itu dibuat berdasarkan analisis model-model cuaca, yang mana keadaan ini berpotensi menghasilkan hujan berterusan di timur Semenanjung sepanjang tempoh tersebut.

BACA JUGA: Harga Barang Mentah Tidak Turun, Tauke Mydin Sanggah Kenyataan Menteri

BACA JUGA: Acuan HDB, ‘Pecah-Perintah’ Demografi Berkiblatkan Singapura?

BACA JUGA: Banjir Makin Teruk, Terkini Banyak Sungai Melepasi Aras Bahaya

Sehubungan itu, METMalaysia dalam kenyataannya telah mengemaskini Amaran Hujan Berterusan di kawasan berkenaan berkuat kuasa sehingga 30 Januari 2023.

Dalam pada itu, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang juga dijangka berlaku di pedalaman dan barat Semenanjung, barat dan tengah Sarawak serta barat Sabah pada sebelah petang dan malam dalam tempoh ramalan.

Sementara itu, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 31 Januari ini.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: