NGO

Kedutaan Negara India Penakut Atau Rasa Bersalah? – Pengerusi PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Hari ini saya dan rakan-rakan serta ratusan umat Islam prihatin telah berhimpun di hadapan Kedutaan India untuk menyerahkan memorandum bantahan penghinaan Rasulullah S.A.W.

Apabila kita tiba di sana, tiada pegawai yang sudi melayan dan menerima memorandum ini. Pintu dikunci rapi dengan penuh berhati-hati. Kita hanya boleh meninggalkan memorandum di bawah pintu sahaja.

BACA: Hina Nabi: Kedutaan India Biadab Dan Halau Kami Macam Anjing Kurap! – Ustaz Masridzi Sat

BACA: Kerajaan India Mesti Dahulukan Perdamaian Sesama Manusia! – Senator Wanita PAS

BACA: Veteran Tentera Kecewa Sikap Kerajaan India – Mejar Meor

Malah, saya difahamkan pada sebelah pagi beberapa sahabat dari YADIM juga telah hadir ke sini untuk menyerahkan memorandum mereka tetapi dihalau dengan begitu keras.

Saya kira, ini satu penghinaan kepada umat Islam di Malaysia dan pada masa yang sama mereka rasa bersalah serta ketakutan untuk menjawab persoalan-persoalan yang timbul.

Sebelum ini, saya sudah banyak berurusan dengan pelbagai kedutaan dalam pelbagai isu dan saya rasa ini yang paling teruk dan hina sekali.

Tidak pernah sesekalipun pegawai mana-mana kedutaan atau pejabat agensi antarabangsa melayan pelawat sedemikian rupa. Sekaligus, mencerminkan sikap tidak professional kerajaan negara India dan gagal menguruskan isu.

Saya harap media-media tempatan dan antarabangsa dapat mengangkat peristiwa yang berlaku pada hari ini.

Saya menyeru agar masyarakat antarabangsa khususnya rakyat Malaysia agar terus menggerakkan serta menyemarakkan tekanan terhadap pemerintah negara India dalam isu ini.

Terima kasih kepada semua yang hadir tadi. Alhamdulillah.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
10 Jun 2022

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: