Tempatan

Meja Restoran Dipenuhi Sampah, Netizen Suruh Layan Diri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Mei 2022 – “Dah 2022 orang Malaysia ni masih tak faham ke konsep layan diri? Lepas makan kemas kan balik la meja tu l*h*n*t. Pemikiran kelas ketiga patutlah penyamun duit rakyat pun diangkat macam wira negara,” respon seorang warga Twitter terhadap sebuah video menunjukkan meja sebuah restoran makanan segera yang dipenuhi sisa dan bekas makanan.

Sabtu lalu, tular sebuah rakaman video daripada seorang pengguna di aplikasi Tiktok menunjukkan meja-meja di sebuah restoran makanan segera dipenuhi dengan sisa dan bekas makanan serta keadaan kerusi yang tidak tersusun.

KFC, your staff are drowning. Send rescue,” kata pengguna itu.

Rakaman video itu mendapat respon dari ramai pengguna yang rata-ratanya mengkritik tindakan pelanggan yang meninggalkan sisa dan bekas makanan terbabit.

“Yep. Kita tolong je lah kemas meja sendiri. Apalah susah sangat nak senangkan orang lain. Adeh,” ujar pengguna bernama @wanhafiz.

“Kat Singapore kan, kitorang wajib tau angkat tray makanan sendiri lepas makan. Law ni baru ada so kalau tak buat boleh kena saman tak silap,” kata pengguna bernama @AAmiesyaz.

Seorang pengguna yang menggelar dirinya Kak Bam menyokong kenyataan dari @AAmiesyaz dan bersetuju sekiranya undang-undang itu dilaksanakan di Malaysia. Katanya, rakyat Malaysia harus tahu akan konsep layan diri ini.

“Biasakan diri kemas meja makan kau. Angkat sendiri tray pergi ke trash bin tu, tak susah. Kau murah rezeki memudahkan kerja orang lain. Percayalah. Jadi kau akan behave makan, cuba tak tumpah-tumpah sebab kau yang akan kemas balik sampai bersih. Easy,” tulis pengguna bernama @SallehFahmi.

WhatsApp-Image-2022-05-09-at-11.08.59-AM-1.jpeg?resize=462%2C416&is-pending-load=1#038;ssl=1

“Kau makan fast food restaurant je nyah. Bukannya kau makan fine dining restaurant. Dah makan, kemas lah meja sendiri. Kalau rasa malas, kau makan restaurant mahal-mahal,” kata @xzayrazeex di Twitter.

WhatsApp-Image-2022-05-09-at-11.09.13-AM-1.jpeg?resize=465%2C200&is-pending-load=1#038;ssl=1

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: