Antarabangsa

Media Utama Dunia Gesa AS Berhenti Dakwa Pengasas WikiLeaks, Julian Assange

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 29 November 2022 – Beberapa organisasi media dunia telah menyeru agar Amerika Syarikat (AS) menghentikan dakwaan terhadap pengasas WikiLeaks, Julian Assage dengan mengatakan bahawa tindakan AS tersebut telah menggugat kebebasan bersuara dan kebebasan media.

Kenyataan organisasi-organisasi tersebut telah dikeluarkan menerusi surat terbuka pada Isnin lalu, di mana lima buah rangkaian media telah mengutuk tindakan AS dalam mendakwa Assange dengan lebih 10 dakwaan termasuklah dakwaan melakukan intipan.

Para penyunting serta penerbit lima buah media besar iaitu The New York Times, The Guardian, Le Monde, Der Spiegel dan El Pais telah menulis,

“Dakwaan ini telah memulakan pendahuluan (kes) yang merbahaya dan ianya menggugat ‘First Amendment’ Amerika serta kebebasan para wartawan.”

Surat tersebut telah ditulis tepat 12 tahun setelah rangkaian-rangkaian media tersebut menerbitkan beberapa penerbitan yang diambil daripada data yang telah dibocorkan oleh Wikileaks, di mana ianya mengandungi lebih 250,000 rekod rahsia mengenai ketenteraan dan hubungan diplomatik.

Dokumen-dokumen tersebut telah dibocorkan oleh bekas askar AS, Chalsea Manning kepada Wikileaks yang mendedahkan “kerja-kerja dalaman” berkenaan diplomasi AS di seluruh dunia.

Siri dokumen yang bocor itu telah mendedahkan mengenai isu “rasuah, skandal-skandal diplomasi dan hal berkenaan intipan di tahap antarabangsa”, sebagaimana yang turut didedahkan oleh surat yang dikeluarkan oleh gabungan media tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: