Tempatan

Media Inggeris & Kes Loh: Khinzir Pun Boleh Mengaku Kuda – Firdaus Wong Wai Hung

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 April 2022 – “Kami memang telah menjangkakan media berbahasa Inggeris tidak akan memberikan liputan walaupun mereka ini sering suka mengambarkan diri mereka ini adil dan neutral tetapi jikalau hanya mendengar slogan, khinzir pun boleh mengaku dirinya kuda,” kata pengasas Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong Wai Hung.

Mengulas mengenai laporan-laporan media dalam kes Loh Siew Hong dan suaminya, Firdaus Wong menegaskan, tanpa menyelidik serta meminta bukti, pihak media khususnya berbahasa Inggeris terus melaporkan apa sahaja kenyataan dari sebelah pihak.

“Si suami digambarkan sebagai ‘raksasa’ manakala si isteri digambarkan seolah-olah bidadari syurga.”

BACA: Haniff Khatri: Firdaus Wong V Loh Siew Hong

BACA: “P. Ramasamy, see you in court!”- Firdaus Wong

BACA: Saya Bersetuju Dengan Ramasamy Agar Dibenarkan Perarakan Thaipusam – Firdaus Wong Wai Hung

“Di saat itu, tiada kedengaran dari para munafikun ini adalah hal keluarga dan orang luar jangan masuk campur kerana yang kedengaran selama berminggu-minggu adalah jahatnya si suami, jahatnya jabatan agama, jahatnya Ustazah Nazirah,” ujar beliau seperti dalam laman Facebooknya.

Lebih mengecewakan, apabila pihak Firdaus Wong menghasilkan empat siri video menjelaskan dan menjawab tuduhan demi tuduhan mereka selama ini, golongan hipokrit muncul dengan alasan sentimental ini isu keluarga dan orang luar jangan masuk campur.

“Di manakah orang-orang bodoh yang mempercayai bulat-bulat cerita dongeng mereka itu setelah dibawakan bukti?”

“Bukan video sembang kosong kedai kopi tetapi video yang disertakan dengan bukti dokumen, gambar serta video membuktikan tuduhan demi tuduhan mereka adalah fitnah,” tegas Firdaus Wong.

Ujar pendakwah terkemuka itu lagi, proses untuk membiasakan masyarakat dengan pentingnya bukti kukuh sebelum bercakap dan menerima percakapan orang lain sememangnya mengambil masa yang lama.

Namun, pihaknya akan terus berhujah dan mendidik cara berfikir yang rasional juga logikal menurut Al-Qur’an dan Sunnah.

“Masyarakat suka sajian emosi, air mata, cerita sedih tanpa berfikir, melayan plot cerita hero heroin menari dan bergolek, baring atas makan di atas trak bawah cuaca panas dan semua ini meningkatkan emosi dan apabila emosional tinggi maka rasional akan jadi rendah.”

“Apabila rasional rendah maka manusia mudah dimanipulasi dan tanpa sedar telah menjadi seperti seekor lembu yang dicucuk hidungnya,” kata Firdaus Wong.

“Pilihan menjadi rasional atau emosional pilihan diri kita dan setiap pilihan kita akan ada akibatnya pada kehidupan kita di dunia dan tidak dilupa akan menentukan nasib kita di akhirat kelak,” tegas beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: