Tempatan

MBK Kuat Kuasa Larangan Menjaja Tengah Jalan, Denda Atau Penjara Menanti

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUANTAN, 05 Februari 2023 – Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menguatkuasa larangan terhadap aktiviti menjaja di tengah jalan di mana hukuman denda atau penjara bakal dikenakan jika sabit kesalahan.

Memetik kepada hantaran MBK di laman Facebooknya, aktiviti menjual atau membeli (dari dalam kenderaan) semasa berada atas jalan merupakan satu kesalahan.

Justeru, pasukan warden lalu lintas MBK mula menguatkuasa larangan tersebut di bawah Kaedah 10A Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 berikutan tindakan menjaja tersebut boleh membahayakan nyawa.

BACA JUGA: Norway Sekat Majlis Bakar Al-Quran Atas Sebab Keselamatan

BACA JUGA: Umat Islam Johor Dilarang Ikuti Perarakan Thaipusam, Pongal – MAINJ

BACA JUGA: KKM Ambil Berat Luahan Petugas Kesihatan, Komited Cari Penyelesaian

Sekiranya disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Perkara seperti ini juga pernah disiarkan oleh sebuah portal berita tempatan pada tahun 2021 terdahulu berhubung isu penjaja makanan dan minuman di persimpangan lampu isyarat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Seremban ketika itu, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, tiada urusan jual beli dibenarkan di persimpangan jalan mahupun di atas mana-mana jalan raya.

Katanya, aktiviti berniaga seperti itu perlu dibendung bagi mengelakkan kejadian kemalangan yang tidak diingini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: